Monday, February 4, 2013

Persoalan

Persoalan demi persoalan berlegar di benak naluri, Apa guna berkawan jika sering menyakiti,
Apa guna berkata benar andai sering di salah erti
Apa guna berbuat baik andai kebaikan dibalas dengan kejahatan,
Persoalan demi persoalan terus bermain diminda..
Benar kah masih wujud keadilan
Benarkah masih ada kejujuran di dunia ini
Benarkah setiap yang hilang akan berganti?
Aku masih lagi termanggu di sini
Mencari jawapan pada setiap pertanyaan
Persoalan demi persoalan
Moga suatu masa nanti
Aku bisa ketemu jawapannya.

Sunday, August 5, 2012

Trouble Is A Friend


Trouble Is A Friend – Lenka

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you’re fast, no matter if you’re slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You’re fine for a while but you start to lose control

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don’t forget as you ease on down the road

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

 He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh

Saturday, August 4, 2012

Kawan atau lawan

Berkawan biar seribu namun sahabat perlulah dipilih. Takut terpilih sahabat yang umpama anjing tersepit, bila dilepaskan ia menggigit

 Kawan sebegini sanggup sahaja menipu untuk melepaskan diri sendiri dan membiarkan kesalahan sendiri ditanggung oleh orang lain. "Dia yang makan nangka tapi getahnya terkena pada orang lain".

Sebesar mana pun kesalahan sepatutnya mesti berani mengaku bukannya menunding jari atau melibatkan orang lain untuk turut sama terpalit dengan masalah yang dicari sendiri. Berani buat berani lah tanggung!

Percaya pada orang lain boleh, tapi jangan terlampau percaya even muka dia nampak innocent. Walaupun rupa luarannya nampak cantik tetapi adakah kita pasti dalamannya seindah luaran?? Bak kata pepatah melayu " Rambut sama hitam hati lain-lain"



P/S: Tiba-tiba teringat satu dialog dari filem P Ramlee "Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan?" (tiada kena mengena dengan entry hari ni).

 PSS: Namun saya mengerti, langit tak sentiasa cerah, sesekali ribut taufan pasti datang menjengah, begitu jua dengan kehidupan kita. Sebagai manusia biasa pasti tidak pernah lari dari masalah dan masalah itu pasti datang dengan berbagai-bagai rupa. Samada kita tabah menghadapinya atau kita rebah bersama masalah itu.Kadang kala setiap masalah yang berlaku itu pasti kita boleh jadikan iktibar dan buat renungan untuk diri kita supaya lebih berhati-hati atau lebih berwaspada di kemudian hari.


Saturday, September 3, 2011

Kau & Aku




Seperti tasik tenang & redup, kau & aku
bunga-bunga itulah senyum, angin sepoi-sepoi itulah salam
Siapa dapat menduga di sebalik ketenangan, kau & aku
Jauh di belakang tersembunyi kabut hutan belantara

Jalan yang dilalui tak selamanya lurus, kau & aku
Suasana buruk & keruh tidak mengizinkan perjalanan
nikmatnya pertemuan seperti menatap kehijauan, kau & aku
indahnya pertemuan seperti Majnun & Laila

Seperti tasik tenang & redup, kau & aku
tidak selamanya pertemuan berakhir dengan persahabatan
yang ditakuti persahabatan berakhir dengan permusuhan, kau & aku
lewati hidup tentang semangat yang redup
mengisi hari-hari temani sepi dalam sunyi

Sunday, June 26, 2011

Terlalu....

Sudah terlalu lama aku tidak menjengah ke sini... terlalu malas & terlalu penat nak menaip. Otak terlalu berselirat dgn bermacam-macam hal & perkara.... sebenarnya terlalu penat bekerja kat opis... terlalu lama menghadap komputer sampai mata pun terlalu letih nak terbuka... erkkkk... apa yg aku cuba nak ckp nih... hehehehe.... sebab dah terlalu lama tak menjengah ke sini maka aku menjadi terlalu.... terlalu... terlalu... penat nya!!!!

D sbb kan lagu nih sdg berkumandang semasa aku tgh menulis blog nih apa kata layan lagu nih.... layanzzzzzz... (^_^)


Alyah - Kisah Hati 

Sunday, May 1, 2011

Bye Cameron Highlands

Bye bye Cameron Highlands!!!! Till we meet again yeah! Rasa cam tak puas nak bershopping cam sekejap je masa berlalu. Shopping pon last minute sbb hari2 yg sblm nya asyik sgt ke Pasar malam yg berdekatan dgn hotel penginapan kami di Brinchang. Nih bru lepas bershopping tp En Attholib tgu kat kete sbb pak polisi sdg menghalau sesape yg berenti kat tepi2 jln hihihi... pic xdpt nak update lg sbb skrg nih aku tgh berblog didalam kete...huahuahua sempat lg... Bye.


Monday, April 25, 2011

Resmi padi, resmi lalang @ resmi ayam?

Ikut la resmi padi makin berisi makin menunduk, jgn ikut resmi ayam bertelur sebijik riuh sekampung.  Makin kita berilmu, makin kita punya harta sepatutnya makin kita merendah diri, bukannya hanya dengan satu kejayaan, satu kebaikan dah heboh satu dunia tau. Perlu kah semua kebaikan kita diceritakan pada semua org??  Perlukah itu semua??? Jangan ikut resmi lalang, terus meninggi walaupun kosong tidak berisi, ditiup angin ke kiri ke kanan namun tiada berguna hanya membuat org menyampah. Tidak dinafikan jika kita berharta kita akan sentiasa dipandang tinggi, jika kita berilmu semua orang akan tunduk hormat kepada kita. Tapi jangan kita terlupa dalam sekelip mata itu semua boleh ditarik balik dari kita bila-bila masa sahaja oleh Yang Lebih Agung & Yang lebih Berkuasa dari segala-galanya iaitu Allah S.W.T.


 Ikut la resmi padi makin berisi makin menunduk, jgn ikut resmi ayam bertelur sebijik riuh sekampung.  Makin kita berilmu, makin kita punya harta sepatutnya makin kita merendah diri. Siapa pernah melihat ayam yg baru bertelur?? Masa aku kecik2 dulu selalu gak nampak ayam kat reban bila dah bertelur riuh satu kampung dgn suaranya memekik memberitahu yang dia telah bertelur, sebijik je pun... kecoh betul cik ayam tuh... hehehe..  Diharap kita bukan lah macam cik ayam tuh. Biar lah kebaikan yang kita buat disimpan saja tanpa perlu dijaja kerana setiap kebaikan yang kita buat datangnya daripada Allah jua.  Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Jangan kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.