Wednesday, May 26, 2010

Melankolia Nurin


Rintik hujan yang tadinya perlahan makin bertambah kasar membuatkan Nurin dan kawan-kawannya yang duduk dikerusi menghadap tasik berlari kesebuah pondok berdekatan,masing-masing cuba mengelak dari terkena tempias hujan yang semakin lebat.

“ingatkan boleh berjogging petang ni,tapi hujan pulak.” Gadis yang bernama sofea bersuara memecah kebisingan hujan.

“ya lah…kalau tau tadi mesti aku tak nak ikut korang pergi berjogging,lepak kat rumah lagi bagus.”Sahut Nurin dalam nada kecewa.Baru bersemangat nak bersenam terpaksa lepak kat bawah pondok pulak! Masa ni kalau pekena milo panas cicah dengan roti pun sodap! Nurin berbisik di dalam hati sambil tersengih sendirian.

“Hoi! Apa yang kau sengih sorang-sorang ni? Gila ke apa? Orang tengah susah hati fikir macam mana nak balik dia boleh sengih macam kerang busuk pula!” marah Farah yang tengah panas hati. Dah lah tak dapat bersenam,perut pula lapar lepas tu ada pula orang gila yang tersengih menyakitkan hati! Seolah hujan yang turun amat menyenangkan hatinya pula.

“Nurin apa yang kau sengih kan tu? Hari dah nak malam,hujan masih lagi tak berhenti,apa yang kita nak buat?” Sofea bersuara cuba meredakan kemarahan Farah.Suasana kembali sunyi bila orang yang ditanya hanya mendiamkan diri dan yang kedengaran hanyalah rintik hujan menimpa atap zink pondok yang ditumpangi oleh tiga gadis tadi. Sofea memandang Nurin sambil menantikan jawapan darinya. Nurin menjeling kearah Farah dan mata mereka bertembung,sekali lagi Nurin tersengih dan membuatkan Farah bertambah geram dengannya.

“Arrrrggghh...laparnya perut ni,kalau dapat milo panas cicah dengan roti mesti sedap kan...apa yang kita nak buat ni,bila hujan nak berhenti?”Farah tiba-tiba berteriak mengejutkan sofea dan Nurin yang sedang mengelamun.

“apa lagi yang kita boleh buat....tunggu sehingga hujan berhenti dan lepas tu aku belanja kau makan kat kedai kuning ok tak? Eh! Tadi kau kata milo panas dan cicah dengan roti...sebenarnya tadi tu aku tengah fikirkan benda tu lah. Itu yang aku tersengih sorang-sorang. Kau ingat aku fikir apa sampai nak tersengih? Perut aku pun lapar tau ingat kau seorang je yang lapar...ditambah pula hujan macam ni maunya tak lapar.”

“La...ye ke,aku ingatkan kau fikirkan ‘si jepun’.” Sampuk sofea yang dari tadi diam. Mereka berpandangan dan ketawa.

“Rin apa yang dimenungkan tu,dari tadi mama perhatikan macam ada sesuatu yang Rin fikirkan,boleh mama tahu apa?”

“Tak ada apa lah ma....Rin Cuma fikirkan seseorang je,dah lama tak jumpa dia.”

“Ermmm...’boyfriend’ ke? Siapa lah lelaki yang bertuah tu ye? Anak mama ni dah la lawa, baik dan yang penting hormat orang tua.”

“Apa la mama ni, buat Rin malu je tau...Tapi betul ke anak mama ni cantik dan baik hati?”Nurin memandang ibunya sambil ketawa.

“Dah pukul 11 malam ni Rin tak nak tidur ke?Mama dah mengantuk biarlah mama masuk tidur dulu. Rin jangan tidur lewat sangat, esok nak pergi kerja.”

Pesan puan Latifah sambil mengucup pipi anaknya dan berlalu menuju ke bilik di tingkat atas.

“ya baik lah mama, selamat malam, have a nice dream” Nurin membalas kucupan mamanya.Bosannya....nurin melangkah menuju ke dapur untuk minum air,tiba-tiba je tekaknya terasa haus. Dia membuka pintu peti sejuk dan mengambil sebotol oren dan menuang ke dalam cawan yang berada di atas meja. Dia kembali ke ruang tamu dan menutup semua lampu kecuali lampu tangga menuju ke atas. Mata nya tak rasa mengantuk,puas di cuba tidur namun ia masih tak lelap,dipandang adik yang tidur di katil sebelah...lena nya dia tidur. Bisik hati Nurin. Tiba–tiba dia teringat budak ‘jepun’ yang di ‘gossip’ kan dengan nya di pejabat. Orang nya memang kacak but, he is not my taste. ‘Jepun’ tu terlalu ‘skema’ sangat mesti bosan kalau jadi awek dia.

“Nurin dah lama saya suka kan awak,apa kata kita berkahwin?”

“Saya belum fikir nak berumahtangga. Saya masih muda”

“Siapa kata awak masih muda? umur awak dah melebihi 20 tahun, dah 25 tahun memang patut berkahwin! Kahwin lah dengan saya! Kahwin lah dengan saya!”

“Tidak! Tidak!!!!!!.............”

“Kakak! Kakak! Bangun lah.” Fifi mengejutkan Nurin yang sedang menjerit sambil tangannya mengibas ke kanan dan ke kiri .

“Apa? Kenapa?” Nurin terpinga-pinga sambil mengesat matanya. Syukur lah ia hanya mimpi. Dia memandang Fifi yang sedang tersengih macam kerang busuk.

“Wah mesti Kak Ngah bermimpi buruk. Dahsyat sangat ke?”

“ Tak ada apa lah, dah pukul berapa sekarang?” Nurin bergegas bangun dan menuju kebilik air. Habislah lambat lagi aku ke tempat kerja. Mesti pakcik botak marah lagi pada aku....Arghhhh!!!! macam mana ni?!!!

“Nurin berapa kali saya dah pesan pada awak yang masa itu adalah emas! Jika awak rasa dah tak sanggup nak bekerja baik awak balik rumah!! Saya tak perlukan pekerja macam awak tahu!

“Tapi bos...”

“Sudah, sudah saya tak mahu dengar apa pun alasan yang awak nak beri. Pergi siapkan kerja awak..” Encik salam mengeluh dengan pekerjanya yang seorang ni. Nak marah lebih-lebih, anak saudara sendiri.

‘Ish..geram betul lah kat si botak tu!! kepala bersinar mengalahkan matahari pun ada..hihihi....” Nurin tersengih sendiri...

“Cik nurin apa yang awak sengihkan tu? Macam kerang busuk lah.”

“Ish..buat orang terperanjat je!” Marah Nurin sambil membeliak kan mata ke arah org yg membuat dia terperanjat sebentar tadi.

“ Eleh, itu pun nak marah....nanti cepat tua tau. Petang nih ada jamuan kat rumah Hana jangan lupa datang ya nenek.” Sofea ketawa dan terus berlalu dari meja Nurin sambil melambai tangan.

Hana ni memang sengaja nak sakit kan hati aku agaknya!!! Dah lah tadi kena marah dengan pakcik botak sekarang ni dia pulak!!! Baik aku buat kerja cepat,kalau pakcik botak tu nampak aku tengah bersenang lenang mesti kena marah. Nurin menyambung kerja yang masih berlambak di atas meja nya. Tangan nya pantas memeriksa dokumen yang perlu dibetulkan. Telefon di talian satu yang berdering mengejutkan Nurin yang sedang leka membuat kerja.

“ Nurin masuk bilik saya sebentar, bawa sekali dokumen sewa beli yang saya suruh awak taip kan semalam ya.”

“Baik encik Salam. Alamak!!! mana dokumen tu....masa ni lah nak hilang pulak. Kak Nita ada nampak dokumen kat atas meja saya tak?” Dia bertanya Nita yang kebetulan lalu di mejanya .

“ Akak tak nampak pulak...cuba tanya dengan Kak Tom, rasa nya pagi tadi dia yang kemas meja awak.” Balas Nita sambil berlalu pergi.

“Kak Tom! Kak Tom! Mana kak tom nih...Nik kau ada nampak Kak Tom?”Nurin mula cemas bila Kak Tom masih tidak dijumpainya.Habis satu pejabat diredah.

“Nurin kenapa nampak cemas sangat nih? Ada yang aku boleh tolong? Dari tadi aku lihat kau macam kucing kehilangan anak. Apa yang kau sibuk kan sangat ni? Farid cuba memberi pertolongan.

“Kau ada nampak kak Tom?” Nurin cuba untuk bertenang sambil mata nya masih melilau dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

“Kak tom dah balik agaknya. Kenapa?” Farid hairan kenapa Nurin beria-ia mencari kakak yang membersihkan pejabat mereka.

“Tak apa lah Farid,terima kasih sebab cuba nak tolong aku..jasa mu dikenang.” Jawab nurin sambil berjalan menuju ke meja nya semula dengan muka sedih. Puas dia fikir mana dia letakkan dokumen tu? selama ni dia tidak pernah cuai jika ia berkaitan dengan dokumen yang penting.

“ Cik Nurin cari benda ni ke?”

Nurin segera memandang ke arah suara yang menegurnya. Mata nya tertumpu pada file yang berwarna biru di tangan seorang yang sangat tidak disukainya...macam mana file tu boleh ada kat tangan si jepun pulak??? Sepantas kilat dia rampas file biru dan menyemak isi di dalam nya dan terus berlari ke arah bilik Encik Salam tanpa memandang orang yang telah menolongnya.

“Nurin tak nak pergi lunch ke? Aku dah lapar gila ni, gila pun tak lapar macam ni kau tau tak?”

(Perhatian!  yang dibawah ni telah ditokok tambah oleh hubby aku yg tersangat kreatif dlm bab mengarut nih! masa nih aku dah ilang idea nak tulis apa..kesempatan itu telah di ambil oleh hubby aku...ishhhh3x...redha je la (^__^))

“Tak, aku tak tahu? Hahahaha......padan muka tadi kena kan aku! Nurin yang tadi ceria secara tiba-tiba bersembunyi di bawah meja. Terdengar satu bunyi dentuman yang maha dasyat. Lebih menakutkan dari bunyi bedilan motar tentera israel. Dentuman itu membuatkan En. Salam dan Farid terjun dari bangunan. Si Nita pula menghadapi ostroporosis yang kritikal, manakala si jepun ter’khatan untuk kali yang kedua.

Nurin secara senyap-senyap keluar dari bawah meja sambil tersengih. “Maaf, aku terkentut” Nurin mengaku secara jujur walau terasa bagai kulit mukanya sudah menebal setebal dinding ofisnya itu. En. Salim yang dianggap mati tadi telah bangun dari perkuburannya dan terus sahaja memarahi Nurin.

“Nurin berapa kali saya dah pesan pada awak yang pencemaran bunyi dan pencemaran udara adalah diharamkan! Jika awak rasa dah tak sanggup nak menahannya, baik awak balik rumah!! Saya tak perlukan pekerja macam awak tahu!

“Tapi bos...”


“Sudah, sudah saya tak mahu dengar apa pun alasan yang awak nak beri. Pergi siapkan kerja awak..” Encik Salam mengeluh dengan pekerjanya yang seorang ni. Nak marah lebih-lebih, anak saudara sendiri. Tiba-tiba En. Salim terasa macam deja’vu. Tentu para pembaca pun rasa sebegitu juga.

Farid tidaklah bernasib baik seperti en. Salim. Jenazah beliau telah selamat dikuburkan di Tanah Perkuburan Orang Asli Bukit Lanjan. Seluruh warga ofis datang ke parti pemergian arwah sambil mengucapkan tahniah kepada isteri Farid yang mendapat pampasan insuran sebanyak RM1 juta atas kematian mengejut Farid. Farid sememangnya seorang yang bijak kerana telah mengambil plan “Insuran bagi Mangsa-mangsa Yang Terkejut bunyi Kentut dan Terjun Bangunan Secara Tidak Sengaja, Kemudian Mati Meninggalkan Seorang Balu Yang Kaya-raya” dari agen Insuran Takabur Nasional.

“Sudahlah Nurin, jangan kau menangis.. Bukan salah kau Farid meninggal dunia. Itu semua sudah takdir tuhan” pujuk Nita. “Aku bukan menangis kerana itu kak.. Aku menangis kerana menyesal tidak berkahwin dengan Farid dahulu. Jika tidak, tentu aku sudah kaya-raya sekarang!” jelas Nuris sambil teresak-esak.

“Kau kawinla dengan aku” sampuk si Jepun tiba-tiba. “Aku bisa membahagiakan kau wahai Nurin, demi bulan yang dipagar bintang....” belum sempat si jepun menghabiskan ayatnya, Nurin terus berlari keluar dari rumah arwah Farid. Sebelah kasut kristal pemberian Pari-pari kayangan tercabut dan tertinggal di atas anak tangga. Si jepun mengutipnya dan berazam untuk menikahi sesiapa sahaja yang berjaya memakai kasut kristal itu tanpa masalah. Sekian terima kasih.
p/s: cerita di atas tak ada kena mengena dengan org yg hidup atau yang mati...hanya sekadar jenaka semata-mata......


No comments:

Post a Comment