Monday, December 20, 2010

cool monday

Cepat betul masa berlalu pejam celik, pejam celik dah isnin semula, rasa mcm bru je isnin dah isnin semula. Tapi aku suka ari isnin sbb isnin kat opis aku tak bnyk kerja..hehehe... aku sukaaaa...hahahaha..
Masa nak balik ( wah cerita psl balik aje) td aku tgk cuaca dah mendung tp blom ujan lg. Aku bernasib baik sbb bila aku dah berada  dlm bas baru hujan turun lebat! Sejuknya hanya Tuhan saja yg tahu...menggigil juga  la aku dlm bas tuh, tgn rasa mcm dah beku je ... tp sempat jugak aku tertido dlm bas...hahaha...

En Attholib  kata aku nih mcm Nobita bleh tido kat mana2 pun @ asal letak kepala pasti tak sampai 5 minit dah bleh tido. Tapi kalau aku Nobita En Attholib tuh Doraemon la...ngeh..ngeh..ngeh..

p/s: Masa aku turun dr bas en Attholib dtg amik aku dgn payung hehehe...terharu..tq lalink.

Sunday, December 19, 2010

Muhasabah diri

Kadangkala apa yg kita suka tak semestinya org lain akan suka, kita lihat cantik tapi pd org lain buruk, kita rasa kita betul tp org lain rasa sebaliknya. Jadi walau apa pun yg org lain kata @ fikirkan pd kita jgn lah terburu-buru membantah apa yg mrk kata @ fikirkan, tapi muhasabah lah diri.. mungkin benar kita ada kekurangan.

Jadi tidak perlu lah nak marah-marah. perbaiki apa yg patut. Tidak semua manusia adalah sempurna termasuk lah kita. Paling penting kita tahu siapa diri kita sudah lah, biarkan apa pun yg org kata. Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa... Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri moga kita akan menjadi seorg yg lebih baik lg... Amin..

Monday, December 13, 2010

Hari makanan sihat..(^_^)


Yesss!!! Ari nih  aku cuti tp still kena bgn awal sbb nak pergi bank utk settelkan hal polisi insuran yg telah aku ilangkan. Entah mana la aku letak dokumen yg penting camtu . Cuai betul aku nih…tp nak buat cam mana benda dah hilang buat je la yg baru. Must be careful next time… td dah pergi Pesuruhjaya sumpah untuk pengesahan borang tu. Masa balik lalu depan Tesco singgah jap la shopping2 dulu. Tetiba dpt idea nak buat salad macam kat pizza hut tu bubuh sos thousand island mesti sedap..terliur gak la. Thousand island,  epal, pear, anggur, capsicum, kacang merah. Salad & tomato dah ada kat dlm fridge..itu je la kot. Ok semua dah cukup bleh la bayar…eh..eh..tetiba aku ternampak sushi  1 peket (dlm nya ada 8 ketul ) rm7.50, murah tuh bleh la lunch dgn sushi je ari nih. Salad plak mkn petang nanti hehehe….ok la tuh menu utk org berdiet macam aku..hahaha… diet ker? 

Dah lari dr tujuan asal nih..sepatutnya settelkan dulu pasal insuran tu tp sempat bershopping plak…Lepas bayar baru aku pergi bank utk hantar form polisi yang dah siap di cop & di sign oleh pakcik pesuruhjaya sumpah tu. Sampai kat bank tuh aku terus ke kaunter pertanyaan dan brader tu suruh aku ke kaunter 4. Aku serahkan form td pd  wanita kat kaunter tersebut & dia tanya untuk apa. Aku kata la utk polisi insuran aku yang hilang aku nak request baru.
Bank: Ok.  cik boleh tinggal kan form tu disini apa-apa nanti kami akan hubungi cik. Boleh tinggal kan no phone cik?”
Aku: Tak payah isi apa-apa form ke kak?
Bank: tak apa tinggal kan aje no phone. Anything kami akan hubungi cik semula
Aku: ok. Terima kasih.

Laa..senang bangat cam tu je…aku pun blah je la dari situ. Sampai rumah….sushi time…. Makan sumeeeeee…nyam..nyam..
 Sushi nih dah tgl separuh aku mkn baru teringat nak amik pic...
nasib baek tak abes lagi...hihihihi..
nih plak salad utk makan ptg...nyam..nyam.. 
walaupun nmpak buruk tp sedap.cuba lah...hehehe..

Rintik hujan


Wahai hujan
rintik mu merembaskan mekar cinta
antara aku & dia,
rintik itu jugakah yang mencemarkan
kasih antara kami?

Rintik itu jugakah
yang membuat kami gembira
bersenda loka dalam taman nirwana
berdua hingga alpa pada dunia sengsara
kala itu aku & dia
asyik maksyuk bercanda

Tapi saat kau menghilang
sang ribut melanda membawa bencana
kasih kami terlerai seketika
namun bila kau datang kembali
kau bawa bahagia semula,
kembali kami bersama
menjalin kasih yang terlerai
dengan rintik mu bersama pelangi..
rintik itu juga kah yang membawa bahagia...

Jangan tido lagi

Aduyai... mata nih tak rasa mengantuk lak... pejam celik, pejam celik, pusing kanan, pusing kiri, sume aku dah cuba buat untuk melelapkan mata nampaknya mata nih tak mengantuk lagi nih... so aku decide on laptop bukak blog nih... tapi nak citer apa ek????.... besok bukan keje pun so tido lambat pon tak ape ( aku amik cuti utk abes kan sisa-sisa cuti yg masih ada maklum la nak masuk tahun baru )..... dah kul 2am rupenya...nih mesti sbb tak leh tido sbb tengok citer seram kat TV9 tadi nih... (aku tak tahu apa kena mengena citer tuh dgn aku tak leh tido hihihihi..) citer tuh aku tak berapa paham pun...cerita thai....malas la aku nak ulas citer tu bkn aku paham tapi tengok je.. .hahahahaha...tapi yang aku tau masa tengok citer tu pejam mata gak aku! cis! apa la yang aku takut sebenarnya.

Nape org Siam ke Indon ke if buat citer seram nampak real seram tapi org Kita macam tak berapa nak seram..nak kata budget tak cukup Siam & Indon bukan kaya sgt pun negara diaorg. Bukan aku nak kata filem kita tak bagus, BAGUS!!!  Kita patut sokong Filem kita ye....bkn semua filem kita tak berkualiti! Jika kita tak sokong filem kita sapa lagi! Cayuk pengiat filem kita!! Wah! aku rasa dah macam pengkritik filem, tapi yang tak bertauliah!!! (padahal hampeh tak tau apa pasal filem pun...kwang3x...)


Apa la yang aku merepek nih! Nih mesti sume sbb mata tak mao tido lagi... perut pun berkeroncong semacam je tak kan lapar lagi kot? tadi dah makan rojak (beli kat pasar mlm) sebelum kul 9pm. on FB takde plak kengkwn yang tgh on9.....nape la sume tido awai. nape takde yang on9 nih?? haloooooo.... la aku sorg je yang berjaga lagi rupanye...ngeh..ngeh..ngeh... ok la nak g wat roti bakar jap. Makan roti bakar tak menggemukkan betul ke? Tibai je la...sabar ye perut.....


Sunday, December 12, 2010

Ahn young ha say yo!

Siapa suka tengok citer korea??? (angkat tangan..hehehe). Mesti ramai yang suka & ramai gak yang tak berapa minat nak tengok citer korea nih... skrg nih kat TV8 cerita korea bertajuk Oh My Lady sedang rancak dimainkan...nak abis dah pon citer tu...ari isnin ni last episode....aku tak kan miss citer nih...hehehehe...hubby aku pun layan gak... (sebenarnya dia terpaksa tengok....kakaka) tp dia selalu nya sebuk dgn keje dia... (wat blog & website... sesapa nak suruh hubby aku wat kan blog @ website dialu-alukan...hehehe... promote lg...) tapi aku paling suka citer Boys over flowers citer tuh memang best (bg aku la).

 
Sebenar nya cerita ni diambil dari citer Meteor Garden (Taiwan) / Hana Yori Dango (Japan) . Biasa la if cerita yang best mesti akan ada beberapa versi... macam juga lagu betul kan apa aku cakap?? Pelakon dia  plak memang hensem-hensem belako & comey lote kata ore klate...hihihihi.... Kim Hyun Joong & Lee Min Ho adalah  my favorite actors....they r awesome!!!! walah...terlebih suda aku nih....puji melampau lak...if nak tau, sume ost dlm citer nih aku ada...(nak??? lenkali la aku bg....hihihihi...).

Eh sepatutnya aku citer pasal cerita yg sedang rancak di mainkan kat TV8 Oh My Lady! citer nih pun best gak tau...tengok la...( tapi isnin ni last) oh ya lepas citer  Oh My Lady nih  tukar citer baru lak He Is Beautiful pd 14 dec 2010 (saje nak promote) sape yg suka nak tengok bleh la tengok ye. Pada sape yang tak berapa suka tu g la tengok citer lain....ok la aku nak tengok citer kat TV9 nih citer seram...macam menarik... Daaaaa...


Friday, December 10, 2010

Berkawan biar ramai, jangan musuh ramai....

Benar ke org kata...kwn menangis sukar dicari tp kwn ketawa ramai....(sape setuju angkat tangan...hehehehe...). Kadangkala ada kwn depan kita baik tapi dibelakang bermcm perkara buruk yg dicanangkan pd org lain( kalau la aku dpt tau ada kwn aku yg cam tuh Good Bye pren!!!!) Bagi aku biar takde kwn camtuh pun takpe. Sukar untuk mengetahui hati seseorang kan????....kalau la kita semua nih boleh membaca hati orang lain senang la nak tau sape yg baik & jahat kan hurm…..(mcm-mcm la aku nih…hahaha…) Aku sentiasa mengalu-alukan sesiapa saje yang nak jadi kwn aku, sentiasa menerima dgn hati yang terbuka tak kira la yang cantik, yang buruk rupa, selekeh,bertudung, tak bertudung yang penting IKHLAS!

Aku ni bukan lah yg jenis percaya pd org 100% adalah batasan nya, tp sekali aku dah baik dgn org tu aku akan layan sebaik yg mungkin & aku akan pastikan persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila…bak kata omputih “ Frenz 4ever”…….tp sebenarnya sukar nak cari & nak dpt kwn yg benar-benar BAIK, MEMAHAMI & yang paling PENTING!!!! MENYOKONG kita tak kira apa pun yg kita buat (tp andai kwn ko berbuat jahat jgn pulak ko sokong tp bg la nasihat). Andai ada pun mcm yg aku sebut diatas bukanlah seperti yg kita harapkan mana ada manusia yang sempurna, sama lah mcm aku tak sesempurna mana pun…..yg penting aku tahu & paham apa yg aku buat biarlah tak sempurna tapi puas hati!

PERSAHABATAN…..tanpa kwn mesti hidup jadi sunyi, tak meriah! Aku bersyukur dikelilingi kawan yang baik, kiranya satu kepala dengan aku. Banyak jugak aktiviti yang kami lakukan bersama-sama. GADUH? Biasalah…kalau tak gaduh mana sempurna, mana mencabar! Masam2 muka?, tak tegur sapa itu perkara biasa dalam persahabatan. Kecil hati? Adat la dalam bersahabat yg penting tahu macam mana nak menghadapi situasi sebegitu. Hurm….dalam bersahabat nih yg penting kena IKHLAS & JUJUR. Kalau rasa ada tak puas hati dengan kwn bagitau dgn cara yg baik, bawa berbincang . Tapi kalau kwn jenis yg tak bleh dibawa berbincang tu macam mana pulak ye??? Hurm….susah tuh…..(^__^)

Wednesday, May 26, 2010

Melankolia Nurin


Rintik hujan yang tadinya perlahan makin bertambah kasar membuatkan Nurin dan kawan-kawannya yang duduk dikerusi menghadap tasik berlari kesebuah pondok berdekatan,masing-masing cuba mengelak dari terkena tempias hujan yang semakin lebat.

“ingatkan boleh berjogging petang ni,tapi hujan pulak.” Gadis yang bernama sofea bersuara memecah kebisingan hujan.

“ya lah…kalau tau tadi mesti aku tak nak ikut korang pergi berjogging,lepak kat rumah lagi bagus.”Sahut Nurin dalam nada kecewa.Baru bersemangat nak bersenam terpaksa lepak kat bawah pondok pulak! Masa ni kalau pekena milo panas cicah dengan roti pun sodap! Nurin berbisik di dalam hati sambil tersengih sendirian.

“Hoi! Apa yang kau sengih sorang-sorang ni? Gila ke apa? Orang tengah susah hati fikir macam mana nak balik dia boleh sengih macam kerang busuk pula!” marah Farah yang tengah panas hati. Dah lah tak dapat bersenam,perut pula lapar lepas tu ada pula orang gila yang tersengih menyakitkan hati! Seolah hujan yang turun amat menyenangkan hatinya pula.

“Nurin apa yang kau sengih kan tu? Hari dah nak malam,hujan masih lagi tak berhenti,apa yang kita nak buat?” Sofea bersuara cuba meredakan kemarahan Farah.Suasana kembali sunyi bila orang yang ditanya hanya mendiamkan diri dan yang kedengaran hanyalah rintik hujan menimpa atap zink pondok yang ditumpangi oleh tiga gadis tadi. Sofea memandang Nurin sambil menantikan jawapan darinya. Nurin menjeling kearah Farah dan mata mereka bertembung,sekali lagi Nurin tersengih dan membuatkan Farah bertambah geram dengannya.

“Arrrrggghh...laparnya perut ni,kalau dapat milo panas cicah dengan roti mesti sedap kan...apa yang kita nak buat ni,bila hujan nak berhenti?”Farah tiba-tiba berteriak mengejutkan sofea dan Nurin yang sedang mengelamun.

“apa lagi yang kita boleh buat....tunggu sehingga hujan berhenti dan lepas tu aku belanja kau makan kat kedai kuning ok tak? Eh! Tadi kau kata milo panas dan cicah dengan roti...sebenarnya tadi tu aku tengah fikirkan benda tu lah. Itu yang aku tersengih sorang-sorang. Kau ingat aku fikir apa sampai nak tersengih? Perut aku pun lapar tau ingat kau seorang je yang lapar...ditambah pula hujan macam ni maunya tak lapar.”

“La...ye ke,aku ingatkan kau fikirkan ‘si jepun’.” Sampuk sofea yang dari tadi diam. Mereka berpandangan dan ketawa.

“Rin apa yang dimenungkan tu,dari tadi mama perhatikan macam ada sesuatu yang Rin fikirkan,boleh mama tahu apa?”

“Tak ada apa lah ma....Rin Cuma fikirkan seseorang je,dah lama tak jumpa dia.”

“Ermmm...’boyfriend’ ke? Siapa lah lelaki yang bertuah tu ye? Anak mama ni dah la lawa, baik dan yang penting hormat orang tua.”

“Apa la mama ni, buat Rin malu je tau...Tapi betul ke anak mama ni cantik dan baik hati?”Nurin memandang ibunya sambil ketawa.

“Dah pukul 11 malam ni Rin tak nak tidur ke?Mama dah mengantuk biarlah mama masuk tidur dulu. Rin jangan tidur lewat sangat, esok nak pergi kerja.”

Pesan puan Latifah sambil mengucup pipi anaknya dan berlalu menuju ke bilik di tingkat atas.

“ya baik lah mama, selamat malam, have a nice dream” Nurin membalas kucupan mamanya.Bosannya....nurin melangkah menuju ke dapur untuk minum air,tiba-tiba je tekaknya terasa haus. Dia membuka pintu peti sejuk dan mengambil sebotol oren dan menuang ke dalam cawan yang berada di atas meja. Dia kembali ke ruang tamu dan menutup semua lampu kecuali lampu tangga menuju ke atas. Mata nya tak rasa mengantuk,puas di cuba tidur namun ia masih tak lelap,dipandang adik yang tidur di katil sebelah...lena nya dia tidur. Bisik hati Nurin. Tiba–tiba dia teringat budak ‘jepun’ yang di ‘gossip’ kan dengan nya di pejabat. Orang nya memang kacak but, he is not my taste. ‘Jepun’ tu terlalu ‘skema’ sangat mesti bosan kalau jadi awek dia.

“Nurin dah lama saya suka kan awak,apa kata kita berkahwin?”

“Saya belum fikir nak berumahtangga. Saya masih muda”

“Siapa kata awak masih muda? umur awak dah melebihi 20 tahun, dah 25 tahun memang patut berkahwin! Kahwin lah dengan saya! Kahwin lah dengan saya!”

“Tidak! Tidak!!!!!!.............”

“Kakak! Kakak! Bangun lah.” Fifi mengejutkan Nurin yang sedang menjerit sambil tangannya mengibas ke kanan dan ke kiri .

“Apa? Kenapa?” Nurin terpinga-pinga sambil mengesat matanya. Syukur lah ia hanya mimpi. Dia memandang Fifi yang sedang tersengih macam kerang busuk.

“Wah mesti Kak Ngah bermimpi buruk. Dahsyat sangat ke?”

“ Tak ada apa lah, dah pukul berapa sekarang?” Nurin bergegas bangun dan menuju kebilik air. Habislah lambat lagi aku ke tempat kerja. Mesti pakcik botak marah lagi pada aku....Arghhhh!!!! macam mana ni?!!!

“Nurin berapa kali saya dah pesan pada awak yang masa itu adalah emas! Jika awak rasa dah tak sanggup nak bekerja baik awak balik rumah!! Saya tak perlukan pekerja macam awak tahu!

“Tapi bos...”

“Sudah, sudah saya tak mahu dengar apa pun alasan yang awak nak beri. Pergi siapkan kerja awak..” Encik salam mengeluh dengan pekerjanya yang seorang ni. Nak marah lebih-lebih, anak saudara sendiri.

‘Ish..geram betul lah kat si botak tu!! kepala bersinar mengalahkan matahari pun ada..hihihi....” Nurin tersengih sendiri...

“Cik nurin apa yang awak sengihkan tu? Macam kerang busuk lah.”

“Ish..buat orang terperanjat je!” Marah Nurin sambil membeliak kan mata ke arah org yg membuat dia terperanjat sebentar tadi.

“ Eleh, itu pun nak marah....nanti cepat tua tau. Petang nih ada jamuan kat rumah Hana jangan lupa datang ya nenek.” Sofea ketawa dan terus berlalu dari meja Nurin sambil melambai tangan.

Hana ni memang sengaja nak sakit kan hati aku agaknya!!! Dah lah tadi kena marah dengan pakcik botak sekarang ni dia pulak!!! Baik aku buat kerja cepat,kalau pakcik botak tu nampak aku tengah bersenang lenang mesti kena marah. Nurin menyambung kerja yang masih berlambak di atas meja nya. Tangan nya pantas memeriksa dokumen yang perlu dibetulkan. Telefon di talian satu yang berdering mengejutkan Nurin yang sedang leka membuat kerja.

“ Nurin masuk bilik saya sebentar, bawa sekali dokumen sewa beli yang saya suruh awak taip kan semalam ya.”

“Baik encik Salam. Alamak!!! mana dokumen tu....masa ni lah nak hilang pulak. Kak Nita ada nampak dokumen kat atas meja saya tak?” Dia bertanya Nita yang kebetulan lalu di mejanya .

“ Akak tak nampak pulak...cuba tanya dengan Kak Tom, rasa nya pagi tadi dia yang kemas meja awak.” Balas Nita sambil berlalu pergi.

“Kak Tom! Kak Tom! Mana kak tom nih...Nik kau ada nampak Kak Tom?”Nurin mula cemas bila Kak Tom masih tidak dijumpainya.Habis satu pejabat diredah.

“Nurin kenapa nampak cemas sangat nih? Ada yang aku boleh tolong? Dari tadi aku lihat kau macam kucing kehilangan anak. Apa yang kau sibuk kan sangat ni? Farid cuba memberi pertolongan.

“Kau ada nampak kak Tom?” Nurin cuba untuk bertenang sambil mata nya masih melilau dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

“Kak tom dah balik agaknya. Kenapa?” Farid hairan kenapa Nurin beria-ia mencari kakak yang membersihkan pejabat mereka.

“Tak apa lah Farid,terima kasih sebab cuba nak tolong aku..jasa mu dikenang.” Jawab nurin sambil berjalan menuju ke meja nya semula dengan muka sedih. Puas dia fikir mana dia letakkan dokumen tu? selama ni dia tidak pernah cuai jika ia berkaitan dengan dokumen yang penting.

“ Cik Nurin cari benda ni ke?”

Nurin segera memandang ke arah suara yang menegurnya. Mata nya tertumpu pada file yang berwarna biru di tangan seorang yang sangat tidak disukainya...macam mana file tu boleh ada kat tangan si jepun pulak??? Sepantas kilat dia rampas file biru dan menyemak isi di dalam nya dan terus berlari ke arah bilik Encik Salam tanpa memandang orang yang telah menolongnya.

“Nurin tak nak pergi lunch ke? Aku dah lapar gila ni, gila pun tak lapar macam ni kau tau tak?”

(Perhatian!  yang dibawah ni telah ditokok tambah oleh hubby aku yg tersangat kreatif dlm bab mengarut nih! masa nih aku dah ilang idea nak tulis apa..kesempatan itu telah di ambil oleh hubby aku...ishhhh3x...redha je la (^__^))

“Tak, aku tak tahu? Hahahaha......padan muka tadi kena kan aku! Nurin yang tadi ceria secara tiba-tiba bersembunyi di bawah meja. Terdengar satu bunyi dentuman yang maha dasyat. Lebih menakutkan dari bunyi bedilan motar tentera israel. Dentuman itu membuatkan En. Salam dan Farid terjun dari bangunan. Si Nita pula menghadapi ostroporosis yang kritikal, manakala si jepun ter’khatan untuk kali yang kedua.

Nurin secara senyap-senyap keluar dari bawah meja sambil tersengih. “Maaf, aku terkentut” Nurin mengaku secara jujur walau terasa bagai kulit mukanya sudah menebal setebal dinding ofisnya itu. En. Salim yang dianggap mati tadi telah bangun dari perkuburannya dan terus sahaja memarahi Nurin.

“Nurin berapa kali saya dah pesan pada awak yang pencemaran bunyi dan pencemaran udara adalah diharamkan! Jika awak rasa dah tak sanggup nak menahannya, baik awak balik rumah!! Saya tak perlukan pekerja macam awak tahu!

“Tapi bos...”


“Sudah, sudah saya tak mahu dengar apa pun alasan yang awak nak beri. Pergi siapkan kerja awak..” Encik Salam mengeluh dengan pekerjanya yang seorang ni. Nak marah lebih-lebih, anak saudara sendiri. Tiba-tiba En. Salim terasa macam deja’vu. Tentu para pembaca pun rasa sebegitu juga.

Farid tidaklah bernasib baik seperti en. Salim. Jenazah beliau telah selamat dikuburkan di Tanah Perkuburan Orang Asli Bukit Lanjan. Seluruh warga ofis datang ke parti pemergian arwah sambil mengucapkan tahniah kepada isteri Farid yang mendapat pampasan insuran sebanyak RM1 juta atas kematian mengejut Farid. Farid sememangnya seorang yang bijak kerana telah mengambil plan “Insuran bagi Mangsa-mangsa Yang Terkejut bunyi Kentut dan Terjun Bangunan Secara Tidak Sengaja, Kemudian Mati Meninggalkan Seorang Balu Yang Kaya-raya” dari agen Insuran Takabur Nasional.

“Sudahlah Nurin, jangan kau menangis.. Bukan salah kau Farid meninggal dunia. Itu semua sudah takdir tuhan” pujuk Nita. “Aku bukan menangis kerana itu kak.. Aku menangis kerana menyesal tidak berkahwin dengan Farid dahulu. Jika tidak, tentu aku sudah kaya-raya sekarang!” jelas Nuris sambil teresak-esak.

“Kau kawinla dengan aku” sampuk si Jepun tiba-tiba. “Aku bisa membahagiakan kau wahai Nurin, demi bulan yang dipagar bintang....” belum sempat si jepun menghabiskan ayatnya, Nurin terus berlari keluar dari rumah arwah Farid. Sebelah kasut kristal pemberian Pari-pari kayangan tercabut dan tertinggal di atas anak tangga. Si jepun mengutipnya dan berazam untuk menikahi sesiapa sahaja yang berjaya memakai kasut kristal itu tanpa masalah. Sekian terima kasih.
p/s: cerita di atas tak ada kena mengena dengan org yg hidup atau yang mati...hanya sekadar jenaka semata-mata......