Saturday, September 3, 2011

Kau & Aku




Seperti tasik tenang & redup, kau & aku
bunga-bunga itulah senyum, angin sepoi-sepoi itulah salam
Siapa dapat menduga di sebalik ketenangan, kau & aku
Jauh di belakang tersembunyi kabut hutan belantara

Jalan yang dilalui tak selamanya lurus, kau & aku
Suasana buruk & keruh tidak mengizinkan perjalanan
nikmatnya pertemuan seperti menatap kehijauan, kau & aku
indahnya pertemuan seperti Majnun & Laila

Seperti tasik tenang & redup, kau & aku
tidak selamanya pertemuan berakhir dengan persahabatan
yang ditakuti persahabatan berakhir dengan permusuhan, kau & aku
lewati hidup tentang semangat yang redup
mengisi hari-hari temani sepi dalam sunyi

Sunday, June 26, 2011

Terlalu....

Sudah terlalu lama aku tidak menjengah ke sini... terlalu malas & terlalu penat nak menaip. Otak terlalu berselirat dgn bermacam-macam hal & perkara.... sebenarnya terlalu penat bekerja kat opis... terlalu lama menghadap komputer sampai mata pun terlalu letih nak terbuka... erkkkk... apa yg aku cuba nak ckp nih... hehehehe.... sebab dah terlalu lama tak menjengah ke sini maka aku menjadi terlalu.... terlalu... terlalu... penat nya!!!!

D sbb kan lagu nih sdg berkumandang semasa aku tgh menulis blog nih apa kata layan lagu nih.... layanzzzzzz... (^_^)


Alyah - Kisah Hati 

Sunday, May 1, 2011

Bye Cameron Highlands

Bye bye Cameron Highlands!!!! Till we meet again yeah! Rasa cam tak puas nak bershopping cam sekejap je masa berlalu. Shopping pon last minute sbb hari2 yg sblm nya asyik sgt ke Pasar malam yg berdekatan dgn hotel penginapan kami di Brinchang. Nih bru lepas bershopping tp En Attholib tgu kat kete sbb pak polisi sdg menghalau sesape yg berenti kat tepi2 jln hihihi... pic xdpt nak update lg sbb skrg nih aku tgh berblog didalam kete...huahuahua sempat lg... Bye.


Monday, April 25, 2011

Resmi padi, resmi lalang @ resmi ayam?

Ikut la resmi padi makin berisi makin menunduk, jgn ikut resmi ayam bertelur sebijik riuh sekampung.  Makin kita berilmu, makin kita punya harta sepatutnya makin kita merendah diri, bukannya hanya dengan satu kejayaan, satu kebaikan dah heboh satu dunia tau. Perlu kah semua kebaikan kita diceritakan pada semua org??  Perlukah itu semua??? Jangan ikut resmi lalang, terus meninggi walaupun kosong tidak berisi, ditiup angin ke kiri ke kanan namun tiada berguna hanya membuat org menyampah. Tidak dinafikan jika kita berharta kita akan sentiasa dipandang tinggi, jika kita berilmu semua orang akan tunduk hormat kepada kita. Tapi jangan kita terlupa dalam sekelip mata itu semua boleh ditarik balik dari kita bila-bila masa sahaja oleh Yang Lebih Agung & Yang lebih Berkuasa dari segala-galanya iaitu Allah S.W.T.


 Ikut la resmi padi makin berisi makin menunduk, jgn ikut resmi ayam bertelur sebijik riuh sekampung.  Makin kita berilmu, makin kita punya harta sepatutnya makin kita merendah diri. Siapa pernah melihat ayam yg baru bertelur?? Masa aku kecik2 dulu selalu gak nampak ayam kat reban bila dah bertelur riuh satu kampung dgn suaranya memekik memberitahu yang dia telah bertelur, sebijik je pun... kecoh betul cik ayam tuh... hehehe..  Diharap kita bukan lah macam cik ayam tuh. Biar lah kebaikan yang kita buat disimpan saja tanpa perlu dijaja kerana setiap kebaikan yang kita buat datangnya daripada Allah jua.  Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Jangan kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Sunday, April 10, 2011

Ukhuwah Persahabatan

Engkau kata engkau sahabat,
Engkau kata persahabatan ini
atas nama Ilahi,
Engkau agungkan persahabatan ini
Engkau kata engkau memahami
erti persahabatan ini

Engkau katakan ukhuwah
yang terjalin ini amat bermakna buat diri mu
tanggungjawab kamu kepada Allah...
Namun benarkah engkau...
Benar-benar mengerti apa itu persahabatan?

Benarkah kamu tidak mengharapkan
walau sedikit balasan dari sahabat kamu
atas kebaikan kamu?
Benarkah kamu mengambil kira tentang
perasaannya, amarahnya, kecewanya?
atau kamu sekadar mampu melontarkan kata-kata
yang kamu amat menghargai persahabatan kamu?
Mampukah kamu percayai sahabat kamu
bilamana dia difitnah, bilamana dia dicaci
Mampukah kamu percayainya?

Benarkah kamu betul-betul tahu
yang sahabat sejati tidak pernah
dan tak akan menyakiti hati dan perasaan sahabatnya
Andai ada hanyalah kemaafan
yang diberi, kerana sahabat sejati
tidak akan membenarkan
sahabatnya terguris kerana
Ukhuwah yang terjalin atas nama Allah
akan kekal buat selama-lamanya

Jadi maafkan aku sahabat
Andai kata-kata & perbuatan aku
selama ini membuat engkau terguris & terasa hati
samada didalam sedar @ tanpa aku sedari
Aku amat menghargai persahabatan ini
Atas nama Allah...

Marilah kita sama-sama menjaga
Persahabatan ini dengan sebaik-baiknya,
Sahabat yang baik adalah
sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah...

Saturday, April 9, 2011

Senyum...



Suka dan duka pasti silih berganti, ada masa kita bergembira ada ketika kita berduka. Setiap kegembiraan adalah penyembuh utk kedukaan yg kita alami sebelumnya dan begitu lah sebaliknya. Andai kita tabah berdepan sebuah kedukaan pasti kebahagiaan & kegembiraan akan dtg pd kita tanpa kita sedari yg kita pernah berduka pada satu ketika dahulu.

Bertabah lah mene­ri­ma cabaran dan dugaan hidup, biarkan semua kedukaan berlalu dibawa angin, biar masa menjadi penyembuh luka.Tetapkan hati dengan keimanan minta lah pertolongan dari Yang Esa kerana dia adalah tempat sebaik-baiknya utk mengadu. Andai hati  dirundung duka tidak semua kedukaan itu tidak baik utk kita kerana dgn kedukaan lah kita boleh mengerti apa itu gembira. Sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan itu pasti akan membuat kita lebih bergembira. Sentiasa lah tersenyum kerana dgn senyuman hidup pasti lebih sentiasa ceria.
Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

 

 P/s: Jangan plak senyum sensorg... nanti org kata `gile ke budak nih`... hehehe...

Thursday, April 7, 2011

Musuh dalam selimut

Kenapa mesti ada manusia yg seperti mereka yg tidak pernah tahu apa itu persahabatan, apa itu musuh! Kenapa mesti tuduh menuduh? Kenapa mesti salahkan antara satu sama lain tidak boleh kah biarkan yg buruk itu berlalu pergi dan yg baik menghuni di hati setiap kita? Kenapa mesti persahabatan diganti dgn permusuhan? 

Tapi aku bersyukur kerana aku telah kenal yg mana kawan dan yg mana lawan, yg mana sahabat & yg mana musuh dalam selimut!!! Bersyukur kerana `mereka2` ini telah pergi jauh dari hidup aku! Ya mungkin aku jua ada silap aku akui tp aku tidak pernah ingin bermusuh dgn sesiapa kecuali hanya ingin kan sebuah persahabatan yg berlandaskan kejujuran & kesetiaan.

Mungkin `mereka2` ini cuba utk menipu org lain, namun sebenarnya `mereka2` ini hanya menipu diri sendiri.  `Mereka2` ini tidak sedar bahawa Tuhan itu mengetahui dr sekecil2 zarah sehingga sebesar2 alam semesta. Pada Tuhan aku berserah. Semoga Allah sentiasa mengampuni kita semua.

P/s: Walauapapun, aku dah lama memaafkan `mereka2` ini. Hidup ini bukannya lama utk kita saling bermusuhan & saling membenci. Peace No War!!!

Sunday, April 3, 2011

Ngeteh yang Gagal!!!

Sape tau perkataan `Ngeteh`?  Hehehehe.... Aku rasa maksud ‘ngeteh’ ni pekena teh tarik @ minum2, lepak2 kat warung la kot... Betul ker? If aku salah tolong betulkan ek...

Sebenarnya semalam aku dgn en Attholib kengkonon nya nak pergi `ngeteh` kat area rumah kami  jer tapi terus ter`ngemam' ( ngemam ialah mkn ayat rekaan aku je... hihihihi) kat  Kuala Selangor , Jeram Aroma Ikan Bakar... ahahaha.... tak plan langsung nak pergi sana.. suddenly je en Attholib ckp " Jom kita pergi pantai Jeram nak?" & aku just say yes! Walau pun jam dah menunjukkan pukul 9++pm kami teruskan jua perjalanan kami ke sana... Here we come Jeram ikan bakar!!!...

 
Huhuhu.... sampai gak akhirnya 

 
First order yg sampai.. kerang bakar...


 
2nd order yg sampai ikan pari bakar Yummy!!


 
Sori pic tak berapa nak clear tgn tak bedung.. terketar2 masa amik pic nih..hehehe.. Tomyam seafood (ada ketam lagi), kailan ikan masin, kerang bakar, pari bakar memang lazat la.... Tapi mungkin disebabkan terlalu ramai org mlm tadi pesanan kami lambat sampai, air pun lambat. Air asam boi dia terlalu pahit kureng tapi ok la, tapi air nescafe ais en Attholib  best. Apa pun... makanan kat sini  memang Lazat!! Tak percaya??? Lihat pic di bawah...huhuhu...


 
Licin sume lauk pauk di atas... cume kerang tak abes sbb dah terlalu kenyang... ngeee... Maka berakhir la diet utk aku mlm itu... isk.. isk.. isk..

Thursday, March 31, 2011

Kemaafan Dendam Yg Terindah

Di keheningan malam aku berseorgan menatap wajah blog ku yg dah lama aku x update... Penyakit M sentiasa menyerang aku!!! ish! Sukar betul nak menepisnya... Dikala org lain bermimpi yg indah2 aku masih lg bersengkang mata  disini... En Attholib dah lama tido entah2 sdg bermimpi kan pelakon korea Song Hye Kyo.. Dush! Dush! ( tumbuk angin bleh ar..) Hihihihi...


Sebenarnya bkn citer kat atas tuh yg aku nak tulis kat sini.. tuh selingan je... Tapi Song Hye Kyo nih mmang comey & sweet sgt. Ok... Dah cukup utk aku merapu ek...
Biasanya dlm hidup tanpa gurauan pasti akan jd suram, tapi bila gurau berlebih-lebih pasti akan ada yg terasa hati ye tak? Susah gak if nak gurau dgn org yg cepat terasa nih, tapi if mrk bergurau dgn kita tanpa memikirkan hati & perasaan kita sape nak jawab?? Aku?? Redha je la "Peace No War"!!... hehehe nih la ayat yg selalu aku sebut if kat opis... mcm best je sebut... 
Mungkin tanpa kita sedari kita juga ada bergurau kasar, dgn tak sengaja kita telah menyakitkan hati org yg kita bergurau! Tapi if kita tersedar cepat2 lah minta maaf. Pinjam satu ayat dr member opis nih "Jika kita buat salah cepat2 minta maaf nanti hati tak tenang nak buat kerja" cam tu lah lebih kurang.. itu if dgn sesama kwn opis, mcm mana plak if dgn org yg paling rapat dgn kita? Bg aku minta maaf cepat2 & ckp pd dia yg kita x sengaja tersakitkan hati dia ... speak nicely but clearly ya!!! hihihihi... Andai kemaafan sudah dipinta terpulang lah kpd org yg terasa tuh nak memaafkan atau pun tidak, yg penting kita sudah lakukan apa yg kita rasa betul. Penting kita buang keegoan dlm diri kerana Kemaafan dendam yg terindah..

Kemaafan Dendam Yang Terindah
Artist: Aishah
Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi


Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka


Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula


Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...
Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...
Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah



pergh!!! sekali lagu Aishah lak kuar... Layannnn... hihihi...

Tetiba rasa mengantuk plak... ZZZZzzzzz... ok la cau cin ci.....

Thursday, March 24, 2011

Any suggestion?

Entah kenapa minggu nih amat berserabut aku rasa. Banyak sgt kerja! Macam nak g bercuti tp kat mana yg paling best utk g bersantai??? Ada suggestion tak?... Hihihi...

Ada kwn ajak g karoke sabtu nih.. nak g ke xnak... agak2 bleh kot release kan tension, akan difikirkan.. .lalalalulululelele... Maaf la aku skrg nih sdg agak gila sedikit ( mcm bnyk je nih..huhuhu..)

Sunday, March 20, 2011

Anniversary lagi... hehehe

Hari ini adalah hari yg paling bahagia bg aku, tp hari2 sblm nih pon bahagia gak... Cuma hari ini lg bahagia sbb hari Anniversary aku & En Attholib . Hehehe.. Agenda kami ari nih g jln2 sbb smlm kul 12 dah candle light dinner versi simple.. Order pizza, breadstick frm dominos, ada kek dr mak mentua (tq mak), triffle (yg dibuat sendiri oleh aku, resepi dr mak mentua lg- tq mak( =_=)......


Owh! lupa nak bgtau anniversary kami yg ke-6 mcm baru je,  itu juga yg En Attholib ckp. Ari nih kami g jln2 kat Tesco Kepong je... plan nak tgk wayang Merong Maha Wangsa tp kat  mall nih xde citer tuh... sbenarnya aku dah tgk  citer MMW nih dgn kengkawan opis tp En Attholib x tgk lg... hehehe.. cian dia... agak2 nya dah kuar x dvd citer MMH nih??? Aku suka citer epik nih mmang best!! huhuhu...

Erm... Sepanjang 6 thn usia perkahwinan kami nih mmang bermcm2 dugaan & cubaan yg dtg.. tapi kami hadapinya dgn tabah & selalu lah berbincang walau apa pun jua masalah jgn pendamkan. Cuba fahami hati pasangan masing2 & yg penting mesti selalu hormat menghormati, berlaku jujur sesama pasangan & yg paling PENTING Hargai pasangan anda sebelum terlambat!!! Aku terharu En Attholib ada bg aku satu poem yg tersgt bermakna buat aku  yg ditulis ddlm blog nya (http://mutalibattholib.blogspot.com/) antara bait2 nya:

Isteri,
suatu kalimah suci,
Engkau permaisuri,
Dan engkau SeriKandi,
Pembelai jiwa,
Penenang hati,

Dalam menanti labuhnya suria,
Ada kasih, Ada rindu,
Ada cinta, Ada cemburu,
Ada rasa yang beribu,
Menjadi kersani menempuh waktu,

Pegang erat tanganku,
Jangan sesekali lepaskan,
Kerana engkau nyawaku,
Sentosa dalam dakapan.

Soooooooo sweeetttt... terharu sangatttt!!!! tq lalink! . May Allah Bless our marriages till the end of our lifes...

Saturday, March 19, 2011

Menunggu detik 12 malam...

Wahhhh!!!!! Lama sungguh aku x mengupdate blog, nampaknya dah banyak sungguh sawang2 diblog ku... huhuhu... banyak sangat sifat M dlm diri aku nih...xbagus tul.. huh! ( marah dgn diri sendiri...(^__^) )
Anway... rasa macam cepat betul masa berlalu..rasa macam baru semalam je tahun 2010 tup..tup.. dah 2011 bulan 3!!!! wah!! hehehe...
Tepat jam 12 malam nih adalah anniversary aku dgn mr Attholib yg ke-6.... Rasa mcm baru semlm je kami berkahwin, dah lama rupanya....hurm..moga Allah sentiasa memberkati hubungan kami & melindungi kami dr anasir2 yg tidak dikehendaki.. Aminnnn.... Lagi beberapa minit detik 12 mlm...masa yg paling aku dan Mr Attholib tgu2.. hehehe... Time for candle light dinner... huhuhu... daaaaa....




p/s: Lagu nih aku tujukan khas buat kami berdua... hihihi... ( dsbbkan En Attholib suka sgt layan lagu lama2 so aku dedikasikan lagu ini utk kami sempena anniversary kami ini....)

Monday, March 7, 2011

Hidup umpama roda

Hidup ini umpama roda, ada masa kita di atas & ada ketika kita dibawah. Andai kita berada di atas jgn lupa utk memandang ke bawah kerana satu hari kita mungkin akan kebawah jua begitu la sebaliknya...hidup kan umpama putaran roda...jadi setiap yg berlaku pada org lain mungkin akan berlaku pada kita juga...

Maka sentiasa beringat dan sentiasa muhasabah diri dalam menghadapi apa pun jua rintangan yang pasti akan melanda dalam kehidupan ini. Orang yang sentiasa diuji oleh Allah adalah orang yang dekat dengannya , orang yang dia sayang (insyaallah). Moga kita sentiasa redha  & bersabar dengan apa jua yang menimpa.

Ketahuilah setiap kejadian yang menimpa diri kita pasti akan ada hikmahnya. Cuma ia lambat atau cepat samada kita sedar atau tidak....yang pasti tiap yang pahit akan ada manisnya. Sebelum yang manis berlaku tabahkan diri cekalkan hati kerana kita semua hanya lah insan kerdil yang tak akan dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan...

PEACE NO WAR!!

Saturday, March 5, 2011

Sebalik kebaikan & kesilapan

"Tiga perbuatan yang termasuk sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi dan kondisi, saling menyedarkan (menasihati) satu sama lain, dan menyantuni saudara-saudaranya (yang memerlukan)." (Hadis Riwayat Ad-Dailami).

Manusia ini satu perkara menariknya adalah kita dicipta dengan mempunyai ‘radar' sendiri yang mengesan ketidakselesaan apabila bertemu dengan seseorang yang menghantar mesej negatif. Tak perlu mengucapkan dengan kata-kata, riak muka telah memberitahu segala-galanya. Mesej yang membenci, tidak suka, marah, tak puas hati, itu kadang-kadang memberikan impulse ‘radar' pihak yang satu lagi. Kata orang, action speaks louder than words. Itulah hakikatnya, tak perlu nak mengatakan aku sakit hati, aku benci, geram, tak puas hati, dan sebagainya.

Riak muka yang sedikit ‘lain' itu cukup memberi gambaran tersebut.

Jika anda tidak suka, tidak puas hati atau membenci, adakah anda akan berbuat demikian? Tak perlu sebut tentang bermasam muka, atau berkerut, tak samakah ‘muka tak tahu' itu sudah cukup menggambarkan bahasa fed up.

PUAS BERSABAR

"Selama ini aku dah puas bersabar dengan kau!", luahan seorang rakan terhadap rakannya yang menyakitkan itu.

Saya memberikan 2 situasi di sini.

Yang pertama, orang yang berkata dia ‘bersabar' itu sebenarnya masih belum lagi cukup sabarnya. Orang yang sabar tidak akan berkata dia bersabar. Orang yang bersabar tidak meluahkan rasa hatinya yang panas itu. Hanya orang yang berdendam melepaskan segala kemarahannya.
Dalam situasi seperti ini, ia adalah lebih menakutkan daripada kesilapan asal orang yang menyakitkan. Memang pada asalnya ibarat ada sebab yang menjadikan gunung berapi  emosi itu meletup, sehingga segala-gala laharnya dimuntahkan sepuas-puasnya. Tetapi yang keluar adalah api.

Api yang menghangus semangat dan membakar rasa.

Mungkin yang disakiti sanggup melakukan demikian kerana yang menyakiti patut menerimanya sedang selama ini dia tidak pernah-pernah sedar. Tetapi sebaliknya, melakukan luahan sedemikian bukanlah tindakan yang bijak. Kenapa tidak ditegur sejak awal, berbanding compile kesalahan semua dan diluahkan dalam satu saat?

Batu itu kalau setitis demi setitis air jatuh ke atasnya pasti akan lekuk, biarlah ambil masa yang lama sekalipun. Tetapi air yang bergelen-gelen disimbah ke batu dalam masa sesaat, sudah tentulah batu itu tidak terkesan apa-apa, melainkan mengalihkan keadaannya ketempat lain. Begitulah keadaannya seperti manusia yang ingin ditegur.

Situasi yang kedua, orang yang memang bersalah, tidak sedar-sedar bahawa dia bersalah. Dalam hal ini, katakan dia tak tahu bahawa dia tak tahu. Ketika anda mula memberitahu, barulah dia akan tahu.

Bagaimana jika anda menghukum tahunya dalam keadaan dia seperti itu?

Memang secara logiknya dia wajar menerima kemarahan dan luahan lahar gunung berapi itu. Bukankah lebih baik membimbingnya mengenal kesilapannya sendiri?

Lainlah jika beberapa kali diberitahu, tidak mahu, maka kaedah yang lain perlu mengetuk si ‘paku' ini.

CARA MENEGUR

Saya teringat dalam sirah, seorang Badwi yang kencing di kawasan Masjid. Ketika itu ada sahabat yang tak tahan melihat ingin memukul lelaki itu kerana mencemarkan masjid.

Rasulullah melarang.

Nabi s.a.w membiarkan arab badwi tersebut menyelesaikan urusannya. Setelah itu nabi menyuruh sahabat untuk membersihkan kawasan itu dengan air kemudian memanggil badwi itu ketepi. Nabi memberitahu bahawa itu bukanlah tempat untuk membuang air.

Subhanallah.

Pendekatan Nabi itu memberikan satu impak sangat besar. Arab Badwi itu akhirnya memeluk Islam.

Nak dikatakan di sini bahawa walaupun jelas kesilapan itu di mata sahabat dan nabi, pada arab badwi itu tidak salah, sedang dia tidak tahu. Bukan sekadar dia diberitahu, dia kemudiannya merasa mahu, kepada Islam akhirnya dia tuju.

Adalah lebih baik kita menegur dengan pendekatan yang baik. Setiap orang buat kesilapan, dan setiap orang dilatih untuk menjauhi kesilapannya. Ingatlah, jika seseorang itu tidak buat silap, bererti dia tidak buat apa-apa.

Kita dihantar ke sekolah untuk belajar, belajar untuk menambahkan ilmu juga belajar untuk mengurangkan kesilapan. Begitu juga kita yang berada di sekolah kehidupan ini, kita perlu menambahkan amal yang baik dan kurangkan kesilapan.

Jika ada orang lain buat salah silap, mungkin menyakitkan hati kita, jika mampu kita betulkan. Jika tidak abaikan atau lupakan semua yang mungkin menjadikan kita sangsi terhadapnya.

Adakalanya memperbaiki kehidupan di dunia ini dengan hanya kesilapan dan kesalahan sendiri tidak cukup, kadang-kadang dengan adanya orang lain membuat silap cukup mengajar kita untuk tidak mengulangi kesilapan itu.

Raikanlah mereka. Bukankah mereka juga banyak melakukan kebaikan?

MENGAPA PERLU MEMBENCI?

Saya pernah tertanya-tanya, dalam keadaan kita bersosial dan berkomunikasi ini, mengapa jika 5-6 tahun rapat dan baik, tetapi kerana satu kesilapan kata dan kesalahan menghancurkan apa yang dibina begitu lama dalam masa sesaat. Begitu juga, dalam sebuah perniagaan, jika kita mempercayai mereka sekian lama, setelah satu saat ditipu, selama-lamanya kita menjauhkan diri dari bermuamalah darinya.

Mengapa?

Akhirnya saya menemukan jawapannya bahawa sebenarnya hidup kita didominasi dengan sifat kepercayaan yang sangat tinggi. Membina kepercayaan itu mengambil masa yang agak lama, tetapi meruntuhkannya begitu mudah.

Sebab itulah dari Islam saya menemukan kaedah yang terbaik mengubat hakikat ini. Itulah bersangka baik.

Buat apa susah-susah kita memikirkan buruk orang lain, sedangkan kita ada pilihan untuk berbaik sangka?

  "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;

dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.

   (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah Al Hujurat : 12)


KITA HAKIKATNYA MANUSIA INI

Ambil dua helai kertas. Satu kertas tuliskan segala kelebihan dan kebaikan anda. Satu lagi kertas tuliskan keburukan dan kelemahan anda. Tulis sejujur-jujurnya.

Pastinya anda akan mendapati bahawa sebenarnya anda boleh menulis kebaikan dan kelebihan itu cukup sebahagian kertas itu. Tentu sekali yang buruk dan lemah dalam diri anda tidak akan cukup dengan satu kertas. Mungkin jika ditambah satu helai lagi pun masih tidak cukup.

Kita memang penuh dengan lemah, itulah hakikat kehidupan kita. Meskipun sejauh mana kita menuju kebaikan dan pembaikian diri. Itu yang berlaku di sekeliling kita. Manusia yang penuh dengan kelemahan.

Jika kita membenci mereka, sesaudara kita yang melakukan kesilapan dengan cara yang mudah, bererti sendiri yang tidak menyukai diri kita, atau lebih patut dikatakan lupa diri. Ingatlah, kita beruntung menjadi hamba yang berbuat silap, sebab itulah Allah maha pengampun.

Friday, March 4, 2011

Hari cuti aku

Ari nih aku cuti-cuti Malaysia..nak pergi bank untuk uruskan insuran aku yang hilang hari tuh yang masih lagi tak settle2...binawe punya bank ari nih dah  kali ketiga aku pergi ke bank tuh tapi masih dengan jawapan yang sama. Arrrrgggghhhh nih yang nak marah nih!!! 

SL: assalammualaikum cik
Pegawai bank: walaikumsalam, sila duduk
SL: saya nak tanya pasal dokumen yang saya pernah bg pada sorg pegawai kat sini (sambil aku serah kan cth dokumen yg aku pernah bg)
Pegawai bank: cik dah sign kat semua nih?
SL: sudah cik ini hanya cth. ini dah kali ketiga saya dtg...ari tuh dia kata nak call tp x de call pun? (aku tinggi kan sikit nada suara)
Pegawai bank: ok mcm nih cik, sekarang nih dia (merujuk peg yg aku beri borang)  tak ada tghhari nih mungkin ptg baru balik, boleh tak cik tinggalkan no telefon.
SL: Tapi hari tuh sy dah beri kpd en tu( aku tunjuk kpd peg lelaki di sebelah) tapi sampai sekarang tak de apa2 reply pon!! nih dah kali ketiga saya datang tau! macam mana nih!
Pegawai bank: Tak pe cik if dia tak call saya yang akan call cik...sampai kita tahu apa jawapannya ok..Maaf ye cik..
SL: ok..tapi pastikan awak call saya...dah penat saya nak dtg sini tau..terima kasih (sambil aku berlalu pergi dengan perasaan yang eee...geram)

Disebabkan marah aku terpaksa makan nasi ari nih...hahahahhaha....lalalalalalala...


Thursday, February 24, 2011

Cemburu....

 Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam  menangani perasaan cemburu itu.

Yes! Cemburu itu memang sesuatu yang normal, jika sekiranya ia cemburu yang berasas, cemburu yang bertempat, bukan cemburu membabi buta. Tak dinafikan, setiap orang di muka bumi ini pasti mempunyai perasaan cemburu itu. Tapi, kalau cemburu itu tidak dikawal, boleh membawa padah. Boleh juga membawa kepada perasaan hasad, dengki, khianat! Nauzubillah. Minta dijauhkan daripada mengkhianati dan dikhianati akibat perasaan cemburu. Tapi kalau cemburu pada perkara yang positif apa salah nya contohnya ada  kawan kamu yang berjaya maka kamu cemburu & ingin menjadi seperti dia itu pasti tidak salah.

 Cemburu juga perlu dalam sebuah perhubungan sebagai tanda kasih sayang. Tapi jangan lah terlalu cemburu sehingga membawa kepada berburuk sangka yg mana nanti boleh merosakkan sebuah perhubungan. Dalam suami isteri, cemburu itu perlu. Cemburu suami lah yang mengingatkan kita agar jangan terlalu berlebih-lebihan dalam pergaulan begitu juga sebaliknya…Jadi, rasa cemburu pasangan kita ini menjadikan kita sentiasa beringat dan terhindar dari melakukan dosa.

Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

Kesan Positif Cemburu

1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu


Kesan Negatif Cemburu

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.


Cemburu?

Biasa la tuh.... moga kita semua dijauhi daripada sifat yang melampau. Aku mohon keampunanMu ya Allah!



Wednesday, February 16, 2011

Menjaga Hati

MANUSIA diciptakan Allah terdiri daripada beberapa elemen utama sehingga mewujudkan identitinya iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua unsur itu, paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bentuk dalamannya iaitu hati. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)

Oleh itu, hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan juga menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seorang. Hati juga dianggap ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsi anggota badan secara keseluruhan kerana terlucut roh yang bertapak dalam hati. Hatilah tempat bertapak iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan pada masa lain, di sini juga terletak kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.
Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah iaitu: “Ya Allah! Ya Tuhanku! Yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu.”

Apabila ditinjau dalam al-Quran, banyak ayat membicarakan hal hati terutama hati bersih lagi suci daripada dosa dan maksiat. Hati bersih diterangi cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun keraguan dan syirik. Seterusnya, hati bersih yakin segala yang wujud di alam semesta dicipta Allah, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas alam. Hati bersih juga terhindar daripada dendam, dengki, fitnah dan sifat tercela lain.

Dengan kata lain, hati bersih dipenuhi iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan tunduk yang kudus kepada Allah. Justeru, hati menjadi tempat bertapak nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan sifat mahmudah lain.
Perlu ditegaskan Allah memberikan ganjaran kepada hamba-Nya yang berniat untuk melakukan kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hati untuk melakukannya. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.

Oleh itu, sama-samalah kita menjaga hati kita…Kita tidak layak untuk menghakimi seseorang melainkan Allah S.W.T sahaja kerana kita adalah manusia yang lemah.

Tuesday, February 1, 2011

Hidup Umpama Secawan Kopi

Ada sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul untuk melawat seorang professor tua yang pernah menjadi pensyarah mereka. Antara mereka, ada yang bergelar doktor, ada yang bergelar jurutera, ada yang menjadi usahawan, dan pelbagai cabang pekerjaan professional yang lain. Mereka beramah-mesra sambil mengenang kembali peristiwa-peristiwa lampau semasa mereka masih lagi bergelar siswa dan siswi. Kemudian borak-borak kosong itu bertukar menjadi sesi luahan perasan. Mereka mula mengadu kepada professor itu mengenai tekanan tempat kerja, desakan hidup, dan pelbagai lagi masalah yang mereka hadapi.

Professor tua itu meminta diri ke dapur untuk membuat kopi panas untuk mereka. Beberapa minit kemudian, beliau datang semula dengan membawa beberapa cawan kopi yang diperbuat dari pelbagai bahan. Ada cawan tembaga, kaca, kristal, tembikar, cawan plastik dan juga cawan kertas. Bekas pensyarah itu mempelawa mereka untuk minum.

Setelah semua mereka mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata "Jika kamu perhatikan, setiap dari kamu mengambil cawan kopi yang bagus-bagus dan mahal sahaja. Manakala cawan yang tidak menarik dan murah, kamu abaikan". Kemudian beliau menyambung "Sememangnya normal untuk kamu memilih hanya yang terbaik, namun kadang-kala itu yang menjadi punca masalah kamu semua!".

"Cawan-cawan itu tidak menambah atau mengurangkan kualiti kopi. Yang kamu mahukan adalah kopi, namun yang kamu kejarkan adalah cawan-cawan yang cantik dan mahal. Malah kamu banding-bandingkan pula cawan kamu dengan cawan rakan-rakan yang lain." tambah sang professor lagi.

"Fahamilah, KEHIDUPAN ini ibarat KOPI, manakala DUIT, PANGKAT, dan STATUS dalam masyarakat adalah umpama CAWAN. Itu semua adalah 'alat' untuk mengisi dan menakung KEHIDUPAN.  Jenis 'alatan' yang kita gunakan tidak mengurangkan walau sedikit pun kualiti KEHIDUPAN yang kita tempuhi." jelas beliau dengan tegas.

Kadangkala kita asyik menumpukan pada cawan sehingga tidak dapat menikmati kelazatan kopi. Nikmatilah kopi itu, bukannya cawan. Orang yang bahagia bukan orang yang mendapat YANG TERBAIK dalam SEGALA-GALANYA, tetapi orang yang menjadikan SEGALA-GALANYA dalam hidup mereka suatu YANG TERBAIK.

Jalani hidup yang indah, hulurkan kasih-sayang, fikir positif, dan jangan suka bersangka buruk!


Live Life to the Fullest. No Fear. No Regret. 

by Mutalib Attholib on Tuesday, February 1, 2011 at 1:50am

p/s: Nasib baik saya minum milo..hohoho...

Tuesday, January 4, 2011

Welcome 2011!!!!

 Sudah lama aku x berblog, bersawang suda blog ku! Hurm... dikesempatan ini aku nak ucapkan  Selamat Tahun Baru buat sume!!! Moga tahun 2011 ini makin bertambah baik buat kita semua & makin bertambah matang dgn seiringnya usia kita. Sebut pasal tahun baru mesti ada AZAM kan? Apa kah Azam korg untuk tahun 2011 nih?

AZAM aku kalau boleh nak kurus kan badan yg dah mcm tong drum nih!! Huk..huk..huk… CAYUK ZILAnurin!!!!! (nih if En Attholib baca nih mau gelak guling2) & yg paling penting sebenarnya kita kena utamakan kesihatan kita! If badan tak sihat mana nak cargasss!!! Betul tak?!  If tak cargas mcm mana nak kerja?! If tak kerja mcm mana nak mkn (Ish!  apa yg aku merepek nih! Td bru kata nak kurus tp masih ckp psl mkn lg… hihihi…) Senang citer mesti JAGA KESIHATAN. Skrg nih banyak sgt makanan yg tidak sihat utk tubuh bdn kita, sbb tuh la kita kena bersenam (nih mesti buat nih....) & makan  lebih ulaman, sayuran & buahan .

Nak kuruskan badan ni sebenarnya  tidaklah susah mana pon, Cuma kita perlu ada semangat & motivasi untuk kurus. Disini ada tips yg mungkin berguna utk kita sama2 praktikkan. Cuba la ye moga kita sume boleh menjadi rakyat yg sihat!
1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2 nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ber jln laju (baik utk jantung) atau berenang.
3. Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.
4  Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.
4  Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
5  Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
6  Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
7  Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
8  Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
Selamat mencuba!!!!