Suka dan duka pasti silih berganti, ada masa kita bergembira ada ketika kita berduka. Setiap kegembiraan adalah penyembuh utk kedukaan yg kita alami sebelumnya dan begitu lah sebaliknya. Andai kita tabah berdepan sebuah kedukaan pasti kebahagiaan & kegembiraan akan dtg pd kita tanpa kita sedari yg kita pernah berduka pada satu ketika dahulu.
Bertabah lah menerima cabaran dan dugaan hidup, biarkan semua kedukaan berlalu dibawa angin, biar masa menjadi penyembuh luka.Tetapkan hati dengan keimanan minta lah pertolongan dari Yang Esa kerana dia adalah tempat sebaik-baiknya utk mengadu. Andai hati dirundung duka tidak semua kedukaan itu tidak baik utk kita kerana dgn kedukaan lah kita boleh mengerti apa itu gembira. Sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan itu pasti akan membuat kita lebih bergembira. Sentiasa lah tersenyum kerana dgn senyuman hidup pasti lebih sentiasa ceria.
Senyum
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...
Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Senyummm :)
ReplyDeleteNice post as usual! hehehe
cam pernah bc je komen di atas... hihihi...
ReplyDelete