Sunday, April 10, 2011

Ukhuwah Persahabatan

Engkau kata engkau sahabat,
Engkau kata persahabatan ini
atas nama Ilahi,
Engkau agungkan persahabatan ini
Engkau kata engkau memahami
erti persahabatan ini

Engkau katakan ukhuwah
yang terjalin ini amat bermakna buat diri mu
tanggungjawab kamu kepada Allah...
Namun benarkah engkau...
Benar-benar mengerti apa itu persahabatan?

Benarkah kamu tidak mengharapkan
walau sedikit balasan dari sahabat kamu
atas kebaikan kamu?
Benarkah kamu mengambil kira tentang
perasaannya, amarahnya, kecewanya?
atau kamu sekadar mampu melontarkan kata-kata
yang kamu amat menghargai persahabatan kamu?
Mampukah kamu percayai sahabat kamu
bilamana dia difitnah, bilamana dia dicaci
Mampukah kamu percayainya?

Benarkah kamu betul-betul tahu
yang sahabat sejati tidak pernah
dan tak akan menyakiti hati dan perasaan sahabatnya
Andai ada hanyalah kemaafan
yang diberi, kerana sahabat sejati
tidak akan membenarkan
sahabatnya terguris kerana
Ukhuwah yang terjalin atas nama Allah
akan kekal buat selama-lamanya

Jadi maafkan aku sahabat
Andai kata-kata & perbuatan aku
selama ini membuat engkau terguris & terasa hati
samada didalam sedar @ tanpa aku sedari
Aku amat menghargai persahabatan ini
Atas nama Allah...

Marilah kita sama-sama menjaga
Persahabatan ini dengan sebaik-baiknya,
Sahabat yang baik adalah
sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah...

5 comments:

  1. Puisi yang indah dan amat bermakna :)

    ReplyDelete
  2. salam, saya follower hubby kamu.. singgah sini dari n3 beliau pagi ni. salam kenal dari saya. dah follow ni.. *__*

    kalau sudi, jom tukar link. sudi2 le follow ai plakss.. hehehe

    ReplyDelete
  3. jumpa blog ni dlm blog Mutalib attolib..salam kenal dari kak hani.
    Suka berpuisi yer? akak pun.

    ReplyDelete
  4. NMo2: salam kembali (^__^)
    Tq follow saya.. saya akan follow awk jugak...
    salam perkenalan...

    hani@debumelukut: Tima kasih sudi singgah cni.
    suka gak berpuisi nih tp x pandai sgt pon...

    ReplyDelete
  5. nk mntk share ye..tq..

    ReplyDelete