Monday, December 20, 2010
cool monday
Masa nak balik ( wah cerita psl balik aje) td aku tgk cuaca dah mendung tp blom ujan lg. Aku bernasib baik sbb bila aku dah berada dlm bas baru hujan turun lebat! Sejuknya hanya Tuhan saja yg tahu...menggigil juga la aku dlm bas tuh, tgn rasa mcm dah beku je ... tp sempat jugak aku tertido dlm bas...hahaha...
En Attholib kata aku nih mcm Nobita bleh tido kat mana2 pun @ asal letak kepala pasti tak sampai 5 minit dah bleh tido. Tapi kalau aku Nobita En Attholib tuh Doraemon la...ngeh..ngeh..ngeh..
p/s: Masa aku turun dr bas en Attholib dtg amik aku dgn payung hehehe...terharu..tq lalink.
Sunday, December 19, 2010
Muhasabah diri
Jadi tidak perlu lah nak marah-marah. perbaiki apa yg patut. Tidak semua manusia adalah sempurna termasuk lah kita. Paling penting kita tahu siapa diri kita sudah lah, biarkan apa pun yg org kata. Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa... Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri moga kita akan menjadi seorg yg lebih baik lg... Amin..
Monday, December 13, 2010
Hari makanan sihat..(^_^)
Rintik hujan
Wahai hujan
rintik mu merembaskan mekar cinta
antara aku & dia,
rintik itu jugakah yang mencemarkan
kasih antara kami?
Rintik itu jugakah
yang membuat kami gembira
bersenda loka dalam taman nirwana
berdua hingga alpa pada dunia sengsara
kala itu aku & dia
asyik maksyuk bercanda
Tapi saat kau menghilang
sang ribut melanda membawa bencana
kasih kami terlerai seketika
namun bila kau datang kembali
kau bawa bahagia semula,
kembali kami bersama
menjalin kasih yang terlerai
dengan rintik mu bersama pelangi..
rintik itu juga kah yang membawa bahagia...
Jangan tido lagi
Sunday, December 12, 2010
Ahn young ha say yo!
Friday, December 10, 2010
Berkawan biar ramai, jangan musuh ramai....
Aku ni bukan lah yg jenis percaya pd org 100% adalah batasan nya, tp sekali aku dah baik dgn org tu aku akan layan sebaik yg mungkin & aku akan pastikan persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila…bak kata omputih “ Frenz 4ever”…….tp sebenarnya sukar nak cari & nak dpt kwn yg benar-benar BAIK, MEMAHAMI & yang paling PENTING!!!! MENYOKONG kita tak kira apa pun yg kita buat (tp andai kwn ko berbuat jahat jgn pulak ko sokong tp bg la nasihat). Andai ada pun mcm yg aku sebut diatas bukanlah seperti yg kita harapkan mana ada manusia yang sempurna, sama lah mcm aku tak sesempurna mana pun…..yg penting aku tahu & paham apa yg aku buat biarlah tak sempurna tapi puas hati!
PERSAHABATAN…..tanpa kwn mesti hidup jadi sunyi, tak meriah! Aku bersyukur dikelilingi kawan yang baik, kiranya satu kepala dengan aku. Banyak jugak aktiviti yang kami lakukan bersama-sama. GADUH? Biasalah…kalau tak gaduh mana sempurna, mana mencabar! Masam2 muka?, tak tegur sapa itu perkara biasa dalam persahabatan. Kecil hati? Adat la dalam bersahabat yg penting tahu macam mana nak menghadapi situasi sebegitu. Hurm….dalam bersahabat nih yg penting kena IKHLAS & JUJUR. Kalau rasa ada tak puas hati dengan kwn bagitau dgn cara yg baik, bawa berbincang . Tapi kalau kwn jenis yg tak bleh dibawa berbincang tu macam mana pulak ye??? Hurm….susah tuh…..(^__^)