Thursday, March 31, 2011

Kemaafan Dendam Yg Terindah

Di keheningan malam aku berseorgan menatap wajah blog ku yg dah lama aku x update... Penyakit M sentiasa menyerang aku!!! ish! Sukar betul nak menepisnya... Dikala org lain bermimpi yg indah2 aku masih lg bersengkang mata  disini... En Attholib dah lama tido entah2 sdg bermimpi kan pelakon korea Song Hye Kyo.. Dush! Dush! ( tumbuk angin bleh ar..) Hihihihi...


Sebenarnya bkn citer kat atas tuh yg aku nak tulis kat sini.. tuh selingan je... Tapi Song Hye Kyo nih mmang comey & sweet sgt. Ok... Dah cukup utk aku merapu ek...
Biasanya dlm hidup tanpa gurauan pasti akan jd suram, tapi bila gurau berlebih-lebih pasti akan ada yg terasa hati ye tak? Susah gak if nak gurau dgn org yg cepat terasa nih, tapi if mrk bergurau dgn kita tanpa memikirkan hati & perasaan kita sape nak jawab?? Aku?? Redha je la "Peace No War"!!... hehehe nih la ayat yg selalu aku sebut if kat opis... mcm best je sebut... 
Mungkin tanpa kita sedari kita juga ada bergurau kasar, dgn tak sengaja kita telah menyakitkan hati org yg kita bergurau! Tapi if kita tersedar cepat2 lah minta maaf. Pinjam satu ayat dr member opis nih "Jika kita buat salah cepat2 minta maaf nanti hati tak tenang nak buat kerja" cam tu lah lebih kurang.. itu if dgn sesama kwn opis, mcm mana plak if dgn org yg paling rapat dgn kita? Bg aku minta maaf cepat2 & ckp pd dia yg kita x sengaja tersakitkan hati dia ... speak nicely but clearly ya!!! hihihihi... Andai kemaafan sudah dipinta terpulang lah kpd org yg terasa tuh nak memaafkan atau pun tidak, yg penting kita sudah lakukan apa yg kita rasa betul. Penting kita buang keegoan dlm diri kerana Kemaafan dendam yg terindah..

Kemaafan Dendam Yang Terindah
Artist: Aishah
Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyi
Tiada jawapan yang ku perolehi


Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka


Kekasih ku... ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula


Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah
Maafkan saja...

Kemaafan dendam yang terindah...
Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di sini
Sabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci...
Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah



pergh!!! sekali lagu Aishah lak kuar... Layannnn... hihihi...

Tetiba rasa mengantuk plak... ZZZZzzzzz... ok la cau cin ci.....

Thursday, March 24, 2011

Any suggestion?

Entah kenapa minggu nih amat berserabut aku rasa. Banyak sgt kerja! Macam nak g bercuti tp kat mana yg paling best utk g bersantai??? Ada suggestion tak?... Hihihi...

Ada kwn ajak g karoke sabtu nih.. nak g ke xnak... agak2 bleh kot release kan tension, akan difikirkan.. .lalalalulululelele... Maaf la aku skrg nih sdg agak gila sedikit ( mcm bnyk je nih..huhuhu..)

Sunday, March 20, 2011

Anniversary lagi... hehehe

Hari ini adalah hari yg paling bahagia bg aku, tp hari2 sblm nih pon bahagia gak... Cuma hari ini lg bahagia sbb hari Anniversary aku & En Attholib . Hehehe.. Agenda kami ari nih g jln2 sbb smlm kul 12 dah candle light dinner versi simple.. Order pizza, breadstick frm dominos, ada kek dr mak mentua (tq mak), triffle (yg dibuat sendiri oleh aku, resepi dr mak mentua lg- tq mak( =_=)......


Owh! lupa nak bgtau anniversary kami yg ke-6 mcm baru je,  itu juga yg En Attholib ckp. Ari nih kami g jln2 kat Tesco Kepong je... plan nak tgk wayang Merong Maha Wangsa tp kat  mall nih xde citer tuh... sbenarnya aku dah tgk  citer MMW nih dgn kengkawan opis tp En Attholib x tgk lg... hehehe.. cian dia... agak2 nya dah kuar x dvd citer MMH nih??? Aku suka citer epik nih mmang best!! huhuhu...

Erm... Sepanjang 6 thn usia perkahwinan kami nih mmang bermcm2 dugaan & cubaan yg dtg.. tapi kami hadapinya dgn tabah & selalu lah berbincang walau apa pun jua masalah jgn pendamkan. Cuba fahami hati pasangan masing2 & yg penting mesti selalu hormat menghormati, berlaku jujur sesama pasangan & yg paling PENTING Hargai pasangan anda sebelum terlambat!!! Aku terharu En Attholib ada bg aku satu poem yg tersgt bermakna buat aku  yg ditulis ddlm blog nya (http://mutalibattholib.blogspot.com/) antara bait2 nya:

Isteri,
suatu kalimah suci,
Engkau permaisuri,
Dan engkau SeriKandi,
Pembelai jiwa,
Penenang hati,

Dalam menanti labuhnya suria,
Ada kasih, Ada rindu,
Ada cinta, Ada cemburu,
Ada rasa yang beribu,
Menjadi kersani menempuh waktu,

Pegang erat tanganku,
Jangan sesekali lepaskan,
Kerana engkau nyawaku,
Sentosa dalam dakapan.

Soooooooo sweeetttt... terharu sangatttt!!!! tq lalink! . May Allah Bless our marriages till the end of our lifes...

Saturday, March 19, 2011

Menunggu detik 12 malam...

Wahhhh!!!!! Lama sungguh aku x mengupdate blog, nampaknya dah banyak sungguh sawang2 diblog ku... huhuhu... banyak sangat sifat M dlm diri aku nih...xbagus tul.. huh! ( marah dgn diri sendiri...(^__^) )
Anway... rasa macam cepat betul masa berlalu..rasa macam baru semalam je tahun 2010 tup..tup.. dah 2011 bulan 3!!!! wah!! hehehe...
Tepat jam 12 malam nih adalah anniversary aku dgn mr Attholib yg ke-6.... Rasa mcm baru semlm je kami berkahwin, dah lama rupanya....hurm..moga Allah sentiasa memberkati hubungan kami & melindungi kami dr anasir2 yg tidak dikehendaki.. Aminnnn.... Lagi beberapa minit detik 12 mlm...masa yg paling aku dan Mr Attholib tgu2.. hehehe... Time for candle light dinner... huhuhu... daaaaa....




p/s: Lagu nih aku tujukan khas buat kami berdua... hihihi... ( dsbbkan En Attholib suka sgt layan lagu lama2 so aku dedikasikan lagu ini utk kami sempena anniversary kami ini....)

Monday, March 7, 2011

Hidup umpama roda

Hidup ini umpama roda, ada masa kita di atas & ada ketika kita dibawah. Andai kita berada di atas jgn lupa utk memandang ke bawah kerana satu hari kita mungkin akan kebawah jua begitu la sebaliknya...hidup kan umpama putaran roda...jadi setiap yg berlaku pada org lain mungkin akan berlaku pada kita juga...

Maka sentiasa beringat dan sentiasa muhasabah diri dalam menghadapi apa pun jua rintangan yang pasti akan melanda dalam kehidupan ini. Orang yang sentiasa diuji oleh Allah adalah orang yang dekat dengannya , orang yang dia sayang (insyaallah). Moga kita sentiasa redha  & bersabar dengan apa jua yang menimpa.

Ketahuilah setiap kejadian yang menimpa diri kita pasti akan ada hikmahnya. Cuma ia lambat atau cepat samada kita sedar atau tidak....yang pasti tiap yang pahit akan ada manisnya. Sebelum yang manis berlaku tabahkan diri cekalkan hati kerana kita semua hanya lah insan kerdil yang tak akan dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan...

PEACE NO WAR!!

Saturday, March 5, 2011

Sebalik kebaikan & kesilapan

"Tiga perbuatan yang termasuk sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi dan kondisi, saling menyedarkan (menasihati) satu sama lain, dan menyantuni saudara-saudaranya (yang memerlukan)." (Hadis Riwayat Ad-Dailami).

Manusia ini satu perkara menariknya adalah kita dicipta dengan mempunyai ‘radar' sendiri yang mengesan ketidakselesaan apabila bertemu dengan seseorang yang menghantar mesej negatif. Tak perlu mengucapkan dengan kata-kata, riak muka telah memberitahu segala-galanya. Mesej yang membenci, tidak suka, marah, tak puas hati, itu kadang-kadang memberikan impulse ‘radar' pihak yang satu lagi. Kata orang, action speaks louder than words. Itulah hakikatnya, tak perlu nak mengatakan aku sakit hati, aku benci, geram, tak puas hati, dan sebagainya.

Riak muka yang sedikit ‘lain' itu cukup memberi gambaran tersebut.

Jika anda tidak suka, tidak puas hati atau membenci, adakah anda akan berbuat demikian? Tak perlu sebut tentang bermasam muka, atau berkerut, tak samakah ‘muka tak tahu' itu sudah cukup menggambarkan bahasa fed up.

PUAS BERSABAR

"Selama ini aku dah puas bersabar dengan kau!", luahan seorang rakan terhadap rakannya yang menyakitkan itu.

Saya memberikan 2 situasi di sini.

Yang pertama, orang yang berkata dia ‘bersabar' itu sebenarnya masih belum lagi cukup sabarnya. Orang yang sabar tidak akan berkata dia bersabar. Orang yang bersabar tidak meluahkan rasa hatinya yang panas itu. Hanya orang yang berdendam melepaskan segala kemarahannya.
Dalam situasi seperti ini, ia adalah lebih menakutkan daripada kesilapan asal orang yang menyakitkan. Memang pada asalnya ibarat ada sebab yang menjadikan gunung berapi  emosi itu meletup, sehingga segala-gala laharnya dimuntahkan sepuas-puasnya. Tetapi yang keluar adalah api.

Api yang menghangus semangat dan membakar rasa.

Mungkin yang disakiti sanggup melakukan demikian kerana yang menyakiti patut menerimanya sedang selama ini dia tidak pernah-pernah sedar. Tetapi sebaliknya, melakukan luahan sedemikian bukanlah tindakan yang bijak. Kenapa tidak ditegur sejak awal, berbanding compile kesalahan semua dan diluahkan dalam satu saat?

Batu itu kalau setitis demi setitis air jatuh ke atasnya pasti akan lekuk, biarlah ambil masa yang lama sekalipun. Tetapi air yang bergelen-gelen disimbah ke batu dalam masa sesaat, sudah tentulah batu itu tidak terkesan apa-apa, melainkan mengalihkan keadaannya ketempat lain. Begitulah keadaannya seperti manusia yang ingin ditegur.

Situasi yang kedua, orang yang memang bersalah, tidak sedar-sedar bahawa dia bersalah. Dalam hal ini, katakan dia tak tahu bahawa dia tak tahu. Ketika anda mula memberitahu, barulah dia akan tahu.

Bagaimana jika anda menghukum tahunya dalam keadaan dia seperti itu?

Memang secara logiknya dia wajar menerima kemarahan dan luahan lahar gunung berapi itu. Bukankah lebih baik membimbingnya mengenal kesilapannya sendiri?

Lainlah jika beberapa kali diberitahu, tidak mahu, maka kaedah yang lain perlu mengetuk si ‘paku' ini.

CARA MENEGUR

Saya teringat dalam sirah, seorang Badwi yang kencing di kawasan Masjid. Ketika itu ada sahabat yang tak tahan melihat ingin memukul lelaki itu kerana mencemarkan masjid.

Rasulullah melarang.

Nabi s.a.w membiarkan arab badwi tersebut menyelesaikan urusannya. Setelah itu nabi menyuruh sahabat untuk membersihkan kawasan itu dengan air kemudian memanggil badwi itu ketepi. Nabi memberitahu bahawa itu bukanlah tempat untuk membuang air.

Subhanallah.

Pendekatan Nabi itu memberikan satu impak sangat besar. Arab Badwi itu akhirnya memeluk Islam.

Nak dikatakan di sini bahawa walaupun jelas kesilapan itu di mata sahabat dan nabi, pada arab badwi itu tidak salah, sedang dia tidak tahu. Bukan sekadar dia diberitahu, dia kemudiannya merasa mahu, kepada Islam akhirnya dia tuju.

Adalah lebih baik kita menegur dengan pendekatan yang baik. Setiap orang buat kesilapan, dan setiap orang dilatih untuk menjauhi kesilapannya. Ingatlah, jika seseorang itu tidak buat silap, bererti dia tidak buat apa-apa.

Kita dihantar ke sekolah untuk belajar, belajar untuk menambahkan ilmu juga belajar untuk mengurangkan kesilapan. Begitu juga kita yang berada di sekolah kehidupan ini, kita perlu menambahkan amal yang baik dan kurangkan kesilapan.

Jika ada orang lain buat salah silap, mungkin menyakitkan hati kita, jika mampu kita betulkan. Jika tidak abaikan atau lupakan semua yang mungkin menjadikan kita sangsi terhadapnya.

Adakalanya memperbaiki kehidupan di dunia ini dengan hanya kesilapan dan kesalahan sendiri tidak cukup, kadang-kadang dengan adanya orang lain membuat silap cukup mengajar kita untuk tidak mengulangi kesilapan itu.

Raikanlah mereka. Bukankah mereka juga banyak melakukan kebaikan?

MENGAPA PERLU MEMBENCI?

Saya pernah tertanya-tanya, dalam keadaan kita bersosial dan berkomunikasi ini, mengapa jika 5-6 tahun rapat dan baik, tetapi kerana satu kesilapan kata dan kesalahan menghancurkan apa yang dibina begitu lama dalam masa sesaat. Begitu juga, dalam sebuah perniagaan, jika kita mempercayai mereka sekian lama, setelah satu saat ditipu, selama-lamanya kita menjauhkan diri dari bermuamalah darinya.

Mengapa?

Akhirnya saya menemukan jawapannya bahawa sebenarnya hidup kita didominasi dengan sifat kepercayaan yang sangat tinggi. Membina kepercayaan itu mengambil masa yang agak lama, tetapi meruntuhkannya begitu mudah.

Sebab itulah dari Islam saya menemukan kaedah yang terbaik mengubat hakikat ini. Itulah bersangka baik.

Buat apa susah-susah kita memikirkan buruk orang lain, sedangkan kita ada pilihan untuk berbaik sangka?

  "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;

dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.

   (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah Al Hujurat : 12)


KITA HAKIKATNYA MANUSIA INI

Ambil dua helai kertas. Satu kertas tuliskan segala kelebihan dan kebaikan anda. Satu lagi kertas tuliskan keburukan dan kelemahan anda. Tulis sejujur-jujurnya.

Pastinya anda akan mendapati bahawa sebenarnya anda boleh menulis kebaikan dan kelebihan itu cukup sebahagian kertas itu. Tentu sekali yang buruk dan lemah dalam diri anda tidak akan cukup dengan satu kertas. Mungkin jika ditambah satu helai lagi pun masih tidak cukup.

Kita memang penuh dengan lemah, itulah hakikat kehidupan kita. Meskipun sejauh mana kita menuju kebaikan dan pembaikian diri. Itu yang berlaku di sekeliling kita. Manusia yang penuh dengan kelemahan.

Jika kita membenci mereka, sesaudara kita yang melakukan kesilapan dengan cara yang mudah, bererti sendiri yang tidak menyukai diri kita, atau lebih patut dikatakan lupa diri. Ingatlah, kita beruntung menjadi hamba yang berbuat silap, sebab itulah Allah maha pengampun.

Friday, March 4, 2011

Hari cuti aku

Ari nih aku cuti-cuti Malaysia..nak pergi bank untuk uruskan insuran aku yang hilang hari tuh yang masih lagi tak settle2...binawe punya bank ari nih dah  kali ketiga aku pergi ke bank tuh tapi masih dengan jawapan yang sama. Arrrrgggghhhh nih yang nak marah nih!!! 

SL: assalammualaikum cik
Pegawai bank: walaikumsalam, sila duduk
SL: saya nak tanya pasal dokumen yang saya pernah bg pada sorg pegawai kat sini (sambil aku serah kan cth dokumen yg aku pernah bg)
Pegawai bank: cik dah sign kat semua nih?
SL: sudah cik ini hanya cth. ini dah kali ketiga saya dtg...ari tuh dia kata nak call tp x de call pun? (aku tinggi kan sikit nada suara)
Pegawai bank: ok mcm nih cik, sekarang nih dia (merujuk peg yg aku beri borang)  tak ada tghhari nih mungkin ptg baru balik, boleh tak cik tinggalkan no telefon.
SL: Tapi hari tuh sy dah beri kpd en tu( aku tunjuk kpd peg lelaki di sebelah) tapi sampai sekarang tak de apa2 reply pon!! nih dah kali ketiga saya datang tau! macam mana nih!
Pegawai bank: Tak pe cik if dia tak call saya yang akan call cik...sampai kita tahu apa jawapannya ok..Maaf ye cik..
SL: ok..tapi pastikan awak call saya...dah penat saya nak dtg sini tau..terima kasih (sambil aku berlalu pergi dengan perasaan yang eee...geram)

Disebabkan marah aku terpaksa makan nasi ari nih...hahahahhaha....lalalalalalala...