Thursday, February 24, 2011

Cemburu....

 Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam  menangani perasaan cemburu itu.

Yes! Cemburu itu memang sesuatu yang normal, jika sekiranya ia cemburu yang berasas, cemburu yang bertempat, bukan cemburu membabi buta. Tak dinafikan, setiap orang di muka bumi ini pasti mempunyai perasaan cemburu itu. Tapi, kalau cemburu itu tidak dikawal, boleh membawa padah. Boleh juga membawa kepada perasaan hasad, dengki, khianat! Nauzubillah. Minta dijauhkan daripada mengkhianati dan dikhianati akibat perasaan cemburu. Tapi kalau cemburu pada perkara yang positif apa salah nya contohnya ada  kawan kamu yang berjaya maka kamu cemburu & ingin menjadi seperti dia itu pasti tidak salah.

 Cemburu juga perlu dalam sebuah perhubungan sebagai tanda kasih sayang. Tapi jangan lah terlalu cemburu sehingga membawa kepada berburuk sangka yg mana nanti boleh merosakkan sebuah perhubungan. Dalam suami isteri, cemburu itu perlu. Cemburu suami lah yang mengingatkan kita agar jangan terlalu berlebih-lebihan dalam pergaulan begitu juga sebaliknya…Jadi, rasa cemburu pasangan kita ini menjadikan kita sentiasa beringat dan terhindar dari melakukan dosa.

Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

Kesan Positif Cemburu

1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu


Kesan Negatif Cemburu

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.


Cemburu?

Biasa la tuh.... moga kita semua dijauhi daripada sifat yang melampau. Aku mohon keampunanMu ya Allah!



2 comments: