Berkawan biar seribu namun sahabat perlulah dipilih. Takut terpilih sahabat yang umpama anjing tersepit, bila dilepaskan ia menggigit.
Kawan sebegini sanggup sahaja menipu untuk melepaskan diri sendiri dan membiarkan kesalahan sendiri ditanggung oleh orang lain. "Dia yang makan nangka tapi getahnya terkena pada orang lain".
Sebesar mana pun kesalahan sepatutnya mesti berani mengaku bukannya menunding jari atau melibatkan orang lain untuk turut sama terpalit dengan masalah yang dicari sendiri. Berani buat berani lah tanggung!
Percaya pada orang lain boleh, tapi jangan terlampau percaya even muka dia nampak innocent. Walaupun rupa luarannya nampak cantik tetapi adakah kita pasti dalamannya seindah luaran?? Bak kata pepatah melayu " Rambut sama hitam hati lain-lain"


P/S: Tiba-tiba teringat satu dialog dari filem P Ramlee "Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan?" (tiada kena mengena dengan entry hari ni).

No comments:
Post a Comment