Monday, April 25, 2011

Resmi padi, resmi lalang @ resmi ayam?

Ikut la resmi padi makin berisi makin menunduk, jgn ikut resmi ayam bertelur sebijik riuh sekampung.  Makin kita berilmu, makin kita punya harta sepatutnya makin kita merendah diri, bukannya hanya dengan satu kejayaan, satu kebaikan dah heboh satu dunia tau. Perlu kah semua kebaikan kita diceritakan pada semua org??  Perlukah itu semua??? Jangan ikut resmi lalang, terus meninggi walaupun kosong tidak berisi, ditiup angin ke kiri ke kanan namun tiada berguna hanya membuat org menyampah. Tidak dinafikan jika kita berharta kita akan sentiasa dipandang tinggi, jika kita berilmu semua orang akan tunduk hormat kepada kita. Tapi jangan kita terlupa dalam sekelip mata itu semua boleh ditarik balik dari kita bila-bila masa sahaja oleh Yang Lebih Agung & Yang lebih Berkuasa dari segala-galanya iaitu Allah S.W.T.


 Ikut la resmi padi makin berisi makin menunduk, jgn ikut resmi ayam bertelur sebijik riuh sekampung.  Makin kita berilmu, makin kita punya harta sepatutnya makin kita merendah diri. Siapa pernah melihat ayam yg baru bertelur?? Masa aku kecik2 dulu selalu gak nampak ayam kat reban bila dah bertelur riuh satu kampung dgn suaranya memekik memberitahu yang dia telah bertelur, sebijik je pun... kecoh betul cik ayam tuh... hehehe..  Diharap kita bukan lah macam cik ayam tuh. Biar lah kebaikan yang kita buat disimpan saja tanpa perlu dijaja kerana setiap kebaikan yang kita buat datangnya daripada Allah jua.  Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Jangan kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Sunday, April 10, 2011

Ukhuwah Persahabatan

Engkau kata engkau sahabat,
Engkau kata persahabatan ini
atas nama Ilahi,
Engkau agungkan persahabatan ini
Engkau kata engkau memahami
erti persahabatan ini

Engkau katakan ukhuwah
yang terjalin ini amat bermakna buat diri mu
tanggungjawab kamu kepada Allah...
Namun benarkah engkau...
Benar-benar mengerti apa itu persahabatan?

Benarkah kamu tidak mengharapkan
walau sedikit balasan dari sahabat kamu
atas kebaikan kamu?
Benarkah kamu mengambil kira tentang
perasaannya, amarahnya, kecewanya?
atau kamu sekadar mampu melontarkan kata-kata
yang kamu amat menghargai persahabatan kamu?
Mampukah kamu percayai sahabat kamu
bilamana dia difitnah, bilamana dia dicaci
Mampukah kamu percayainya?

Benarkah kamu betul-betul tahu
yang sahabat sejati tidak pernah
dan tak akan menyakiti hati dan perasaan sahabatnya
Andai ada hanyalah kemaafan
yang diberi, kerana sahabat sejati
tidak akan membenarkan
sahabatnya terguris kerana
Ukhuwah yang terjalin atas nama Allah
akan kekal buat selama-lamanya

Jadi maafkan aku sahabat
Andai kata-kata & perbuatan aku
selama ini membuat engkau terguris & terasa hati
samada didalam sedar @ tanpa aku sedari
Aku amat menghargai persahabatan ini
Atas nama Allah...

Marilah kita sama-sama menjaga
Persahabatan ini dengan sebaik-baiknya,
Sahabat yang baik adalah
sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah...

Saturday, April 9, 2011

Senyum...



Suka dan duka pasti silih berganti, ada masa kita bergembira ada ketika kita berduka. Setiap kegembiraan adalah penyembuh utk kedukaan yg kita alami sebelumnya dan begitu lah sebaliknya. Andai kita tabah berdepan sebuah kedukaan pasti kebahagiaan & kegembiraan akan dtg pd kita tanpa kita sedari yg kita pernah berduka pada satu ketika dahulu.

Bertabah lah mene­ri­ma cabaran dan dugaan hidup, biarkan semua kedukaan berlalu dibawa angin, biar masa menjadi penyembuh luka.Tetapkan hati dengan keimanan minta lah pertolongan dari Yang Esa kerana dia adalah tempat sebaik-baiknya utk mengadu. Andai hati  dirundung duka tidak semua kedukaan itu tidak baik utk kita kerana dgn kedukaan lah kita boleh mengerti apa itu gembira. Sentiasa bersyukur dengan apa yg kita ada dan itu pasti akan membuat kita lebih bergembira. Sentiasa lah tersenyum kerana dgn senyuman hidup pasti lebih sentiasa ceria.
Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

 

 P/s: Jangan plak senyum sensorg... nanti org kata `gile ke budak nih`... hehehe...

Thursday, April 7, 2011

Musuh dalam selimut

Kenapa mesti ada manusia yg seperti mereka yg tidak pernah tahu apa itu persahabatan, apa itu musuh! Kenapa mesti tuduh menuduh? Kenapa mesti salahkan antara satu sama lain tidak boleh kah biarkan yg buruk itu berlalu pergi dan yg baik menghuni di hati setiap kita? Kenapa mesti persahabatan diganti dgn permusuhan? 

Tapi aku bersyukur kerana aku telah kenal yg mana kawan dan yg mana lawan, yg mana sahabat & yg mana musuh dalam selimut!!! Bersyukur kerana `mereka2` ini telah pergi jauh dari hidup aku! Ya mungkin aku jua ada silap aku akui tp aku tidak pernah ingin bermusuh dgn sesiapa kecuali hanya ingin kan sebuah persahabatan yg berlandaskan kejujuran & kesetiaan.

Mungkin `mereka2` ini cuba utk menipu org lain, namun sebenarnya `mereka2` ini hanya menipu diri sendiri.  `Mereka2` ini tidak sedar bahawa Tuhan itu mengetahui dr sekecil2 zarah sehingga sebesar2 alam semesta. Pada Tuhan aku berserah. Semoga Allah sentiasa mengampuni kita semua.

P/s: Walauapapun, aku dah lama memaafkan `mereka2` ini. Hidup ini bukannya lama utk kita saling bermusuhan & saling membenci. Peace No War!!!

Sunday, April 3, 2011

Ngeteh yang Gagal!!!

Sape tau perkataan `Ngeteh`?  Hehehehe.... Aku rasa maksud ‘ngeteh’ ni pekena teh tarik @ minum2, lepak2 kat warung la kot... Betul ker? If aku salah tolong betulkan ek...

Sebenarnya semalam aku dgn en Attholib kengkonon nya nak pergi `ngeteh` kat area rumah kami  jer tapi terus ter`ngemam' ( ngemam ialah mkn ayat rekaan aku je... hihihihi) kat  Kuala Selangor , Jeram Aroma Ikan Bakar... ahahaha.... tak plan langsung nak pergi sana.. suddenly je en Attholib ckp " Jom kita pergi pantai Jeram nak?" & aku just say yes! Walau pun jam dah menunjukkan pukul 9++pm kami teruskan jua perjalanan kami ke sana... Here we come Jeram ikan bakar!!!...

 
Huhuhu.... sampai gak akhirnya 

 
First order yg sampai.. kerang bakar...


 
2nd order yg sampai ikan pari bakar Yummy!!


 
Sori pic tak berapa nak clear tgn tak bedung.. terketar2 masa amik pic nih..hehehe.. Tomyam seafood (ada ketam lagi), kailan ikan masin, kerang bakar, pari bakar memang lazat la.... Tapi mungkin disebabkan terlalu ramai org mlm tadi pesanan kami lambat sampai, air pun lambat. Air asam boi dia terlalu pahit kureng tapi ok la, tapi air nescafe ais en Attholib  best. Apa pun... makanan kat sini  memang Lazat!! Tak percaya??? Lihat pic di bawah...huhuhu...


 
Licin sume lauk pauk di atas... cume kerang tak abes sbb dah terlalu kenyang... ngeee... Maka berakhir la diet utk aku mlm itu... isk.. isk.. isk..