Monday, April 25, 2011

Resmi padi, resmi lalang @ resmi ayam?

Ikut la resmi padi makin berisi makin menunduk, jgn ikut resmi ayam bertelur sebijik riuh sekampung.  Makin kita berilmu, makin kita punya harta sepatutnya makin kita merendah diri, bukannya hanya dengan satu kejayaan, satu kebaikan dah heboh satu dunia tau. Perlu kah semua kebaikan kita diceritakan pada semua org??  Perlukah itu semua??? Jangan ikut resmi lalang, terus meninggi walaupun kosong tidak berisi, ditiup angin ke kiri ke kanan namun tiada berguna hanya membuat org menyampah. Tidak dinafikan jika kita berharta kita akan sentiasa dipandang tinggi, jika kita berilmu semua orang akan tunduk hormat kepada kita. Tapi jangan kita terlupa dalam sekelip mata itu semua boleh ditarik balik dari kita bila-bila masa sahaja oleh Yang Lebih Agung & Yang lebih Berkuasa dari segala-galanya iaitu Allah S.W.T.


 Ikut la resmi padi makin berisi makin menunduk, jgn ikut resmi ayam bertelur sebijik riuh sekampung.  Makin kita berilmu, makin kita punya harta sepatutnya makin kita merendah diri. Siapa pernah melihat ayam yg baru bertelur?? Masa aku kecik2 dulu selalu gak nampak ayam kat reban bila dah bertelur riuh satu kampung dgn suaranya memekik memberitahu yang dia telah bertelur, sebijik je pun... kecoh betul cik ayam tuh... hehehe..  Diharap kita bukan lah macam cik ayam tuh. Biar lah kebaikan yang kita buat disimpan saja tanpa perlu dijaja kerana setiap kebaikan yang kita buat datangnya daripada Allah jua.  Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Jangan kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

6 comments:

  1. hmm.. ikhlasnya sebiji penulisan....? err.. sebuah? err... nvmnd. make it as, keep up n good luck jelah

    ReplyDelete
  2. betul3..ikut rasa badan binasa akhirnya..hehehe!

    ReplyDelete
  3. bersederhana adalah yg terbaik..lurus sgt pun di pijak orang jugak...

    ReplyDelete
  4. kak tie, M.A, Aza, Yuyie: Thanks.....

    Betul apa yg Puan Baby kata... setuju.. (^__^)

    hani@debumelukut: betul apa yg puan hani kata setuju sgt3x.... (^__^)

    ReplyDelete